Tempat Parkir Kenderaan Di Jeti Kuala Kedah untuk Ke Pulau Langkawi

parkir jeti kuala kedah 1

Langkawi adalah pilihan utama pelancong tidak kira domestik dan luar negara. Dalam satu pulau terdapat banyak tempat menarik, tempat makan dan tempat penginapan untuk menjadi pilihan.

Ini adalah antara faktor mengapa Pulau Langkawi Kedah selalu dilawati apabila tibanya cuti umum dan cuti sekolah.

Terdapat beberapa cara untuk ke Pulau Langkawi.

Boleh rujuk pautan di bawah untuk alternatif cara ke Pulau Langkawi, Kedah.

Salah satu caranya adalah dengan kenderaan sendiri, tidak kira bawa kereta/motor sendiri atau sewa kereta sebelum menaiki bot di jeti untuk ke Pulau Langkawi.

Jeti Paling Dekat Di Semenanjung Malaysia

Dari sudut geografinya jarak antara Jeti Kuala Kedah ke Jeti Kuah Langkawi jauh sedikit berbanding Jeti Kuala Perlis.
 
Akan tetapi jika pelancong yang datang dari arah selatan, Lembah Klang atau dari Pantai Timur.

Akan menemui Jeti Kuala Kedah dahulu sebelum Jeti Kuala Perlis kerana Kedah lebih dekat berbanding Perlis jika dari selatan semenanjung Malaysia.
 

Mungkin harga tiket agak mahal sedikit, tetapi mungkin menjimatkan minyak/bahan api kenderaan anda untuk ke Jeti Kuala Perlis

Tempat Parkir Kenderaan Di Jeti Kuala Kedah

Penulis akan berkongsikan tempat parkir berbayar yang dekat dengan Jeti Kuala Kedah.Di bawah adalah senarai kawasan parkir berbayar dan harganya untuk sehari/semalam.

Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS)

Terletak di depan jeti dan juga sebelah kiri jeti. Merupakan parkir di dalam kawasan Jeti Kuala Kedah.

Peta Lokasi Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS)

 

Parkir Dalam

Harga Parkir : RM 15.00 per hari/malam
Lokasi : Parking di luar kawasan MBAS.

Parkir Luar 

Harga Parkir : RM 10.00 per hari/malam.
Anda dinasihatkan untuk berhati-hati dengan ‘ulat’ parkir.

Masjid Jamek Al-Hidayah atau Masjid India 

Masjid berwarna biru sebelah jeti.

Peta Lokasi Masjid Jamek Al-Hidayah atau Masjid India

 

Harga Parkir : RM 10.00 per hari/malam. Pintu pagar masjid akan ditutup pada waktu malam.
Tempahan Awal : Imam Sadiq di talian 012-4466869 / 017-5248386

PIBG Sekolah Kebangsaan Haji Ismail

Projek ini menawarkan tempat letak kereta di kawasan sekolah semasa musim cuti sekolah untuk pengunjung ke Langkawi.

Peta Lokasi PIBG Sekolah Kebangsaan Haji Ismail

Harga Kawasan Berbumbung : RM12
Harga Kawasan Terbuka : RM10

Info

Sistem 24 jam
Urusan masuk secara “direct walk in / 1st come 1st serve” sahaja.
Pihak PIBG sekolah menyediakan pekerja parking untuk urusan kemasukan dan keluar.

E-Parking

Peta Lokasi E-Parking

Harga Parkir : RM15 per hari/malam.
Harga untuk cuti umum atau waktu puncak mungkin berbeza.  

Ina Car Park

Peta Lokasi Ina Car Park

Boleh hubungi untuk keterangan lanjut : +60124236094

Tertakluk Terma, Waktu dan Perubahan Pengusaha

Senarai kawasan ini adalah cadangan dan saranan oleh beberapa pengunjung yang telah menggunakan khidmat parkir yang disenaraikan di atas.

Mungkin akan ada perubahan dari segi waktu operasi, harga sewaan kawasan parkir dan kontak untuk dihubungi. Penulis memberikan cadangan dan pilihan untuk mencuba.

Bergantung kepada rezeki anda untuk mendapatkan parkir yang kena dengan kesesuaian anda.Apa apa pun cubalah hubungi dahulu sebelum sampai. 

Penulis tiada tanggungjawab jika ada yang sudah tiada perkhidmatannya. Boleh hubungi dahulu melalui nombor yang tertera, atau dapatkan kereta sewa di Langkawi, maklumat dibawah;

Tempah Kereta Sewa Di Pulau Langkawi

Bagaimana pula dengan kenderaan untuk bersiar-siar di Pulau Langkawi? Boleh klik pautan di bawah untuk ‘survey’ dan pilih kereta sewa untuk percutian di Pulau Langkawi.

Kereta Sewa Di Pulau Langkawi

Kereta Sewa Di Pulau Langkawi
Tempah kereta sewa di Pulau Langkawi, bawa sendiri lebih baik. Harga berbaloi untuk keluarga & percutian santai. Tempah SEKARANG!

View Deals

Loading

Mizan Yusof

Seorang travel dan foodie blogger separuh masa dari tahun 2015. Berkongsi pengalaman di tempat percutian dan tempat makan yang pernah dilawati segala pandangan adalah pandangan penulis sendiri dari pengalaman tiada sebarang kaitan dengan pihak lain A part-time travel and foodie blogger since 2015. Sharing experiences from travel destinations and eateries that have been visited. All opinions expressed are solely those of the writer, based on personal experience, and are not associated with any other parties.

You may also like...

10 Responses

  1. mrhanafi says:

    menariklah info ini tuan..

    boleh sangat dijadikan rujukan kepada mereka yang ingin melancomg ke sana

  2. Cik Puan Ena says:

    Wahh good info. Belum pergi lagi boleh save note ni

  3. mamapp says:

    mama tak penah gi langkawi naik feri. boleh take note dulu pasal parking ni tq for sharing

  4. Ako Retna says:

    tak pernah lagi memandu sampai ke kedah utk ke langkawi…
    selalu amek flight n pernah sekali naik keretapi

  5. supaya urusan lancar boleh rancang awal awal

  6. alhamdulillah jika bermanfaat…harap membantu pencarian

  7. mana tahu nanti mama teringin naik feri hihi…boleh la jadikan panduan

  8. masa zaman bujang bujang dulu pernah nak rasa adventure…drive ke jeti sebelum naik feri…sekarang mmg senang guna flight

  9. Unknown says:

    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

  10. Tanpa Nama says:

    This success has been due to of} a combination of factors, corresponding to a progressive legislative system, political stability, first-rate telecommunications facilities, and a properly established monetary services trade. A wide range of gambling websites operates out of Ireland together with sports betting, on line casino websites, poker, bingo, and more. After all, what’s easier than taking your cellphone out of your pocket, logging in and immediately taking part in} slots, blackjack or any other number of video games wherever you might be, on-the-go. It isn't a secret that on-line SM카지노 casinos supply their players large bonuses find a way to} stand the competition and enhance the number of loyal customers. However, mobile casinos are able to give you much more perks. They are comparatively new and gambling websites do every thing they will to attract new players and encourage them to obtain an app or log in through browser.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *