To Dya Homestay Kangar Perlis: Homestay Bajet Selesa di Lokasi Strategik

To Dya Homestay Kangar Perlis
Jika anda sedang merancang perjalanan ke negeri Perlis, sama ada untuk bercuti, menghadiri kenduri, urusan kerja atau lawatan keluarga, pilihan penginapan yang selesa dan berpatutan pasti menjadi keutamaan.

To Dya Homestay yang terletak di Kangar, Perlis merupakan antara homestay yang semakin mendapat perhatian ramai kerana keselesaan dan kemudahan lengkap yang ditawarkan pada harga mampu milik.
Mungkin agak pelik sedikit mengenai Namanya To Dya, apakah untuk Dya atau apa-apa, yang pastinya dalam pemikiran penulis penguasaha homestay ingin meletakkan perkataan utara yang agak selalu didengari iaitu ‘Tu Dia’.
Tempahan & Impresi Pertama
Tempahan homestay ini boleh dibuat dengan mudah melalui platform seperti Agoda dan juga laman mudah.my. Proses tempahan sangat cepat dan pihak hos sangat responsif dan mesra. Kami menerima arahan daftar masuk yang jelas dan gambar yang disediakan sangat membantu. Sebaik tiba, rumah berada dalam keadaan bersih, dikunci dengan selamat, dan siap sedia untuk didiami.

Homestay ini adalah sebuah rumah teres satu tingkat yang dibina di kawasan taman perumahan awam. Maka jiran anda adalah orang awam yang ada di taman perumahan ini.
Bilik & Kemudahan
To Dya Homestay menawarkan 3 bilik tidur berpenyaman udara dan 2 bilik mandi yang dilengkapi pemanas air. Reka bentuk rumah adalah moden dan selesa, sangat sesuai untuk keluarga kecil atau rombongan 6–8 orang.

Katil empuk, cadar bersih, dan suasana bilik yang redup memberikan tidur malam yang nyenyak.
Keadaan bilik yang cukup selesa untuk setiap bilik. Walaupun berada di bilik kedua yang agak tertutup, oleh kerana susun aturnya yang agak memberikan keselesaan. Sebagai tempat untuk melepaskan penat Lelah menghabiskan tentative sekitar Perlis sudah memadai walaupun perlu berkongis bilik air dengan bilik ketiga.

Antara kemudahan lain yang disediakan termasuklah mesin basuh, penapis air, peti sejuk, pemanas air, air fryer, dan Wi-Fi. Walaupun tidak mempunyai dapur memasak gas, homestay ini masih sesuai untuk penyediaan makanan ringan atau reheating.
Dapur Lengkap
Sebagaimana rumah yang tipikal dan ideal untuk didiami, homestay ini memiliki segala kelengkapan sebuah ruangan dapur.

Dari dapur gas sehinggalah kelengkapan penyimpanan makanan seperti peti sejuk dan juga terdapat cabinet dapur yang sememangnya menjadi kemudahan kepada penginap inap desa ini.
Kemudahan & Perkhidmatan

Salah satu kelebihan utama homestay ini ialah ruang letak kereta berbumbung yang mampu memuatkan dua kenderaan. Terdapat juga ruang tamu dengan TV dan sofa besar, sesuai untuk bersantai bersama keluarga. Peralatan asas seperti seterika, meja makan, sejadah dan telekung turut disediakan, memudahkan urusan harian tetamu Muslim.
Lokasi Strategik
Homestay ini terletak di Taman Haji Mokhtar, Kangar, iaitu kawasan bandar yang dekat dengan pelbagai kemudahan.
Dalam jarak 3–5 minit sahaja, anda boleh ke stesen minyak Petronas, bank, dobi, restoran warung, dan kedai serbaneka. Ini menjadikan To Dya Homestay sangat praktikal untuk pelancong atau tetamu yang perlukan akses mudah ke kemudahan harian.
Terdapat satu masjid yang agak familiar namanya iaitu Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullai berdekatan dengan homestay ini. Jika ada biaawak atau haiwan berbisa, balai bomba hanya di seberang jalan.
Nilai untuk Wang
Dengan harga purata sekitar RM180–RM220 satu malam, To Dya Homestay memberikan nilai yang sangat baik berbanding hotel bajet di kawasan yang sama. Jika dibandingkan dengan fasiliti yang ditawarkan, lokasi dan kebersihan, ia adalah pilihan bernilai tinggi bagi sesiapa yang bercuti atau ada urusan di sekitar Kangar.
Tambahan pula, tiada caj tersembunyi dikenakan semasa daftar masuk. Deposit keselamatan biasanya diperlukan tetapi dipulangkan dengan cepat selepas daftar keluar.
Pengalaman Penulis
Secara keseluruhan, pengalaman kami menginap di To Dya Homestay sangat memuaskan. Ia memberi rasa seperti di rumah sendiri, lengkap dengan keperluan asas dan suasana yang bersih dan tenang. Kami menyarankan homestay ini kepada:
- ✅ Keluarga bercuti di Perlis
- ✅ Tetamu yang menghadiri kenduri atau majlis rasmi
- ✅ Pelawat kerja atau urusan rasmi di Kangar (seluruh Perlis pun boleh sehingga Changlun)
Kedudukan yang cukup strategik, berdekatan dengan masjid besar, petronas juga tidak sampai 1km jaraknya. Walaupun Perlis hanya ada 8 orang penduduk kawasan ini terasa agak selamat dan untuk mendapatkan servis dobi atau sebarang makanan ringan juga berdekatan.
Jika anda sedang mencari homestay murah dan selesa di Kangar, To Dya Homestay adalah antara pilihan terbaik yang boleh dipertimbangkan.
Rating: 4.8/5
Best Price on To Dya Homestay in Kangar
Whether you’re working remote or traveling with family, 3 Bed 2 Bath in Kangar is a great choice for accommodation when visiting Kangar.
![]()

Selesa, bersih dan luas homestaynya. Sesuailah untuk seisi keluarga menginap di sini kalau bercuti di Perlis. Dulu pergi Perlis dengan family pun stay homestay juga.
selesa, bersih dan puas hati berehat sudah cukup untuk singgahan. Selepas selesai jalan jalan sekitar Perlis