2 Hari 1 Malam di Ombak Kapas Island Resort Terengganu

Ombak Kapas Island Resort merupakan salah satu destinasi penginapan popular di Pulau Kapas, Terengganu. Terletak di kawasan yang tenang dan hanya beberapa minit dari jeti Marang, resort ini amat sesuai untuk mereka yang ingin lari dari kesibukan bandar dan menikmati suasana pantai tropika yang menenangkan.
Suasana Luar (Outdoor Environment)

Persekitaran luar Ombak Kapas Island Resort sangat memukau. Anda akan disambut dengan pasir putih yang bersih, air laut yang jernih kehijauan, serta pepohon kelapa yang melambai di pesisir pantai. Pemandangan matahari terbenam di sini memang tidak boleh dilepaskan, sangat sesuai untuk sesi fotografi atau sekadar bersantai menikmati keindahan alam.
Suasana Dalam (Indoor Environment)
Bilik-bilik di resort ini ringkas tetapi selesa, dilengkapi dengan kipas atau penghawa dingin, tandas peribadi, dan katil yang empuk. Dekorasi dalamannya bertemakan minimal tropika dengan elemen kayu dan warna lembut yang memberikan rasa damai kepada tetamu.
Standard Chalet Room

Bilik-bilik di resort ini ringkas tetapi selesa, dilengkapi dengan kipas atau penghawa dingin, tandas peribadi, dan katil yang empuk. Dekorasi dalamannya bertemakan minimal tropika dengan elemen kayu dan warna lembut yang memberikan rasa damai kepada tetamu.

Katil Queen yang cukup marhaen dan kesederhaan disediakan di bahagian kanan pintu masuk. Dengan warna putihnya melambangkan kesucian hati dan nurani pemilik dalam menyambut kedatangan penginap. Walaupun tidak begitu besar untuk bermain ‘roll over’ sebagaimana lagu dalam video kanak-kanak moden seperti Bebefinn dan Hogi, ia masih boleh memuatkan dua pasangan dan seorang anak kecil berumur setahun di atasnya.
Nampak ringkas, namun cukup lembut dan berdenyut apabila penulis berjaya menerbangkan dan menjatuhkan badan ke atas katil tersebut.

Kelengkapan Tambahan
Kelengkapan asas lain seperti almari dua pintu tanpa pintu dan satu cermin serta satu meja kecil disediakan untuk simpanan dan penyediaan pakaian yang dibawa. Sejadah juga disediakan dan itulah yang utama walaupun berada di ceruk atau pulau mana ingatkan Allah itu yang utama. Sejadah bukan sahaja disediakan, rajinkanlah dongak ke atas siling inshaAllah akan kelihatan anak panah arah kiblat.
Pengalaman Penulis (Review)

Chaletnya cukup ringkas. Bagi penulis ia sudah memadai dengan harga memandangkan penulis hanya inginkan sebuah tempat untuk simpanan pakaian dan barangan apalagi tempat untuk berteduh dan tidur.
Namun, remote pendingin hawa gagal ditemui dibilik, kegagalan tersebut telah menyebabkan suasana kesejukan yang agak ‘Society of The Snow’ dalam Netflix. Penulis cuba untuk mendapatkan remote namun tiada personal yang ada di bahagian kaunter hadapan.
Ketidakhadiran cerek di dalam bilik agak menyukarkan. Alternatifnya pihak chalet menyediakan satu tong air panas untuk bancuhan susu anak atau kudapan mi segera di malam hari. Sebagai seorang ‘backpacker’ B40, cafe yang disediakan tidak menepati kriteria kandungan populasi wang dalam poket penulis memandangkan nasi goreng kampung berharga RM15 sepinggan.
Namun, penulis faham ini adalah pulau, jadi penulis alternatifkan dengan mi segera, akan tetapi..mahu rebus air, cerek tiada.
Aktiviti Berdekatan
- Snorkeling dan diving – nikmati dunia bawah laut yang penuh warna-warni.
- Jungle trekking – terokai flora dan fauna asli pulau.
- Island hopping – lawati pulau-pulau kecil berhampiran seperti Pulau Gemia.
- BBQ malam – tersedia atas permintaan di resort.
Lokasi & Alamat
Ombak Kapas Island Resort,
Pulau Kapas, 21600 Marang,
Terengganu, Malaysia.
Akses dari Jeti Marang (perjalanan bot lebih kurang 10-15 minit).
Harga Bilik (Room Price)
Harga bilik bergantung pada jenis dan musim. Untuk pakej 2H1M: – Standard Room: dari RM150/pax – Deluxe Sea View: dari RM180/pax – Dormitory: dari RM100/pax Termasuk penginapan, makan 3 kali dan tiket bot pergi-balik.
Waktu Operasi (Operation Hours)
Check-in: 2.00 petang
Check-out: 11.30 pagi
Resort beroperasi sepanjang tahun kecuali musim tengkujuh (Nov – Jan).
Kaedah Pembayaran (Payment Method)
Menerima pembayaran secara online (FPX), pindahan bank, dan kad debit/kredit.
Kemudahan (Facilities)
- Restoran & kafe
- Tempat BBQ
- Aktiviti sukan air (sewa)
- Tempat rehat/ruang santai
- Electric generator (kuasa terhad waktu malam)
Dasar Penginapan (Accommodation Policy)
Kanak-kanak bawah 5 tahun percuma (tanpa katil tambahan). Tempahan perlu dibuat sekurang-kurangnya 3 hari lebih awal. Pembatalan kurang dari 48 jam tiada pemulangan bayaran.
Liputan Internet & Data
- U Mobile: Lemah atau tiada liputan di kawasan pulau.
- Maxis: Liputan sederhana – sesuai untuk WhatsApp & panggilan.
- Celcom: Liputan terbaik di kawasan resort dan sekitar pantai.
Maklumat & Hubungi (Contact Details)
Telefon: +609-618 4500
Laman Web: www.ombakkapasbeachresort.com
Facebook: Ombak Kapas Island Resort
Tips: Tempah lebih awal ketika musim cuti umum dan pastikan bawa power bank kerana bekalan elektrik terhad di waktu malam. Sungguh sesuai untuk pasangan, keluarga dan kumpulan pelajar!
![]()
