Empatiga Coffee Triana Aman Review: Kafe Coffee dan Western Food

Dahulunya kedai makan dengan nama Empatiga Coffee ini adalah sebuah kiosk coffee yang terletak di Jalan Garuda, Telok Panglima Garang. Memandangkan agak laris coffee dan jenamanya ia berpindah ke sebuah rumah kedai di Triana Aman. Artikel kali ini adalah Empatiga Coffee Triana Aman Review sebagai alternatif kepada ‘taste bud’ anda yang berada di sekitar Telok Panglima Garang, Selangor.
Menawarkan beberapa menu kafe dan makanan cepat siap yang juga dikenali dengan nama western food oleh masyarakat Malaysia. Alternatif lain untuk penggemar coffee dan western food sekitar Telok Panglima Garang, Selangor.
Jika anda sedang mencari tempat makan menarik di Telok Panglima Garang, Empatiga Coffee mungkin antara pilihan yang sering muncul dalam carian Google dan media sosial. Dalam artikel ini, penulis akan berkongsi pengalaman lengkap termasuk menu yang dicuba, harga, suasana restoran serta sama ada ia benar-benar berbaloi untuk dikunjungi.
Lokasi & Maklumat Restoran

- Nama Restoran: Empatiga Coffee Triana Aman
- Alamat: 26-1, Jalan Aman Tiara 8, Bandar Rimbayu, 41200 Telok Panglima Garang, Selangor
- Waktu Operasi: Dibuka setiap hari dari 11 a.m hingga 11 p.m kecuali Jumaat bermula 3 p.m
- Status Halal: Halal
- Nombor Telefon: 011-2613 2434
- Parking: Parking lot rumah kedai Triana Aman
- Facebook/Instagram: https://www.instagram.com/empatigacoffee/
Suasana Restoran
Berada di level kedua rumah kedai menghadap sebuah apartment, memerlukan sedikit pendakian anak tangga yang kurang relevan untuk pengunjung yang bertongkat atau berkerusi roda.

Tangga dihiasi beberapa gantungan dinding yang selalu kelihatan di kafe sebagai impresi pertama sebelum memasuki pintu Utama.
Buka sahaja pintu akan kelihatan susun atur kerusi dan meja dengan tema bwarna putih dengan sapaan dari cashier dan alunan bunyi lagu yang dipasang sebagai pemecah kesunyian kedai.
Perkara pertama yang menarik perhatian ketika tiba di Empatiga Coffee Triana Aman ialah suasananya yang hipster dan family-friendly.
Penulis memilih untuk duduk di bahagian cermin kaca yang terletak di hujung kiri bukaan pintu kedai yang lebih cerah dan highlights. Dengan permandangan parking dan apartment semestinya.

Antara kemudahan yang disediakan:
- Air-cond
- Tempat duduk luas
- Kerusi bayi
Sesuai Untuk Siapa?
✅ Keluarga
✅ Pasangan
✅ Gathering kawan-kawan
✅ Sambutan hari jadi
✅ Makan tengah hari pejabat
Apa Yang Kami Order?
1. Buttermilk Chicken with Rice

Harga: RM 15.90
Hidangan ayam cincang ranggup yang dimakan Bersama nasi. Kuahnya adalah perisa Utama, buttermilk. Mengekalkan kelembapan hidangan yang agak kering adalah kuah buttermilknya.
Tekstur yang agak tidak friendly peminat makanan lembut, jika nasi ptuih tersebut adalah nasi goreng mungkin lebih ‘kick’ perisanya. Bagi penulis, agak biasa cuma buttermilk menaikkan perisa menu ini..
Rating: ★★☆☆☆
2. Classic Carbonara (Spaghetty)

Harga: RM 15.50
Salah satu menu pasta berupa spaghetti sebagai kondimen Utama. Nama klasik bermaksud betapa ringkas dan biasanya hidangan ini.
Walaupun agak ringkas dan cukup sekadar syarat menu ini ‘kaya’ dengan perisa, sos carbonara yang agak berperisa. Menu ini juga cukup ‘kids friendly’ apabila anak anda yang tidak memerlukan rasa pedas pasti menggemarinya..
Rating: ★★★★☆
3. Spicy Korean Chicken Burger

Harga: RM 17.90
Sebiji burger yang agak sederhana saiznya dengan lelehan kemerahan sos gochujang korea. Pasti yang pernah menikmati sos gochujang akan mengingati perisanya yang pedas manis dengan aroma salai yang agak selesa pada hidung dan lidah. Dengan kepingan ayam yang cukup garing dan berjus, Ketika artikel ini ditulis, penulis masih boleh mengingatinya.
Mengikut ‘taste bud’ penulis menu ini cukup sesuai jika anda memesan coffee suam, fuhh pasti memberikan satu sensasi pada deria anda.
Rating: ★★★★☆
4. Chicken Grilled

Harga: RM 15.90
Portion yang agak banyak. Ayam dipanggang cukup sempurna tidak begitu kering dan masih lembut untuk dikunyah.
Kehadiran fries dan salad menyeimbangkan lagi portion hidangan ini bukan sekadar ayam panggang semata. Sos lada hitam yang tidak begitu kuat dan masih terasa kepedasan rempahnya. Keseluruhannya, cukup biasa..
Rating: ★★★★☆
5. Spanish Latte
Harga: RM 13
Memandangkan kafe ini menggunakan mesin bru untuk biji kopinya, ada baiknya penulis mencuba spnish latte untuk dicuba sebagai perbandingan dengan Spanish latte lain.
Segar biji kopi bukan sekadar serbuk yang dibancuh memberikan keunikan minuman ini, apalagi adunan susu yang agak berkrim disukai ramai. Cuma presentation ala ala kedai tom yam yang boleh anda temui.
Jangan biarkan ais cair cepat kerana ia boleh bertukar menjadi sky juice sahaja.
Rating: ★★★★☆
Menu Wajib Cuba
Jika pertama kali datang ke Empatiga Coffee Triana Aman, saya cadangkan:
- Spicy Korean Chicken Burger
- Chicken Grilled
- Pasta
- Pelbagai pilihan coffee

Menu ini merupakan antara yang paling banyak mendapat review positif daripada pelanggan.
Harga Makanan: Mahal Atau Berbaloi?
Secara keseluruhannya, harga di Empatiga Coffee Triana Aman berada dalam kategori:
- Sederhana: RM20-RM50 seorang
Berdasarkan kualiti makanan, portion dan suasana restoran, saya merasakan ia masih berbaloi untuk beberapa menu untuk wang yang dibelanjakan. Bagi hidangan ringan seperti burger dan dessert agak mahal sedikit.
Kelebihan Empatiga Coffee Triana Aman
- Menu untuk pencinta coffee dimana coffenya dibru sendiri.
- Suasana selesa dan berhawa dingin
- Parking mudah
- Servis pantas
- Banyak pilihan makanan citarasa cafe yang memiliki menu western food.
Kekurangan Empatiga Coffee Triana Aman
- Tiada keunikan lain berbanding kafe lain
- Parking terhad
- Harga sedikit premium
- Tempat agak kecil dan memerlukan kalori ketika ke level 2
Review Pelanggan Lain
Berdasarkan maklum balas pelanggan di Google Reviews dan media sosial, kebanyakan pengunjung memuji:
- Kualiti makanan
- Kebersihan restoran
- Layanan staf
- Suasana restoran
Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa komen mengenai masa menunggu yang agak lama ketika waktu puncak.
Tips Sebelum Datang
- Jangan bayangkan anda akan menikmati makanan berlauk.
- Pastikan bersedia untuk parkir jauh kerana limited parkir.
- Buat tempahan jika datang berkumpulan.
- Cuba menu signature mereka.
- Sistem layan diri diparaktikan
Adakah Empatiga Coffee Triana Aman Berbaloi?
Secara keseluruhan, Empatiga Coffee Triana Aman merupakan antara tempat makan yang boleh dicuba jika anda berada di kawasan Telok Panglima Garang, Selangor. Peminat makanan yang tidak memerlukan banyak santan dan rempah ratus citarasanya akan kena dengan taste bud mereka.
Dengan kombinasi makanan yang sedap, suasana yang selesa dan servis yang memuaskan, penulis boleh memberikan penilaian:
⭐⭐⭐⭐☆ (4/5)
Jika anda mencari restoran yang sesuai untuk keluarga, pasangan atau gathering bersama rakan-rakan, tempat ini memang boleh dimasukkan dalam senarai anda.
FAQ
Apakah menu paling popular di Empatiga Coffee Triana Aman?
[Jawapan]
Adakah Empatiga Coffee Triana Aman halal?
Halal
Berapakah anggaran kos makan seorang?
RM20-RM50 seorang
Adakah perlu membuat tempahan?
Tidak
Adakah restoran ini sesuai untuk keluarga?
Ya
Restaurant Near Empatiga Coffee | Delivery
Recommended The Best restaurant near Triana Aman Telok Panglima Garang.
![]()
