Nasi Kerabu Farhanah Seksyen 7 Shah Alam Review: Menu Makanan Pantai Timur

Di zaman dunia digital yang hanya memerlukan carian untuk mendapatkan resepi dan cara penyediaan makanan yang cukup mudah ini, agak sukar untuk mendapatkan rasa authentic yang asli pada makanan tersebut. Semua boleh sahaja di cari di Google dan Youtube atau TikTok.
Namun, penulis Berjaya menemui satu kedai makan yang menu utamanya nasi kerabu yang mampu mengingatkan penulis kepada ‘air tangan’ asli dari pantai timur.
Peminat nasi kerabu rasa Kelantan asli boleh terus membuat bacaan melalui artikel ini.
Jika anda sedang mencari tempat makan menarik di Seksyen 7 Shah Alam, Nasi Kerabu Farhanah mungkin antara pilihan yang sering muncul dalam carian Google dan media sosial. Dalam artikel ini, saya akan berkongsi pengalaman lengkap termasuk menu yang dicuba, harga, suasana restoran serta sama ada ia benar-benar berbaloi untuk dikunjungi.
Lokasi & Maklumat Restoran

- Nama Restoran: Nasi Kerabu Farhanah Seksyen 7 Shah Alam
- Alamat: Jalan Plumbum Q7/Q, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
- Waktu Operasi: Dibuka setiap hari bermula jam 7 pagi hingga 10 malam kecuali hari selasa.
- Status Halal: Halal
- Nombor Telefon: 010-246 3002
- Parking: Parkir seliaan MBSA
- Facebook/Instagram:
Lokasi Nasi Kerabu Farhanah Shah Alam
Suasana Restoran
Perkara pertama yang menarik perhatian ketika tiba di Nasi Kerabu Farhanah Shah Alam ialah suasananya yang moden dan family-friendly.
Dengan konsep restoran dan kedai makan makanan segera (fast food), pelanggan diperlukan membuat pesanan di kaunter dan setersunya membuat bayaran.
Antara kemudahan yang disediakan:
- Air-cond
- Tempat duduk luas dan dalam orientasi menarik
- Kerusi bayi
- Kawasan merokok
- Tempat parking berdekatan
Sesuai Untuk Siapa?
✅ Keluarga
✅ Pasangan
✅ Gathering kawan-kawan
✅ Sambutan hari jadi
✅ Makan tengah hari pejabat
Apa Yang Kami Order?
1. Set A – Nasi Kerabu Ayam Bakar

Harga: RM13.21
Kondimen dalam nasi kerabu ayam bakar cukup untuk asasnya. Apa yang penting ulaman atau kerabunya bukan sekadar hirisan dan racikan kubis semata-mata, kehadiran ulaman asli seperti pucuk serai kayu dan kesum membangkitkan aroma nasi kerabu ini.
Ayam bakar yang bukan sekadar diperap dengan perapan biasa atau boleh dibeli dimana-mana pasaraya, namun perapan sendiri dari resepi tersendiri. Walaupun dibakar isi dalamnya masih berjus dan masih ada aroma dan rasa perapan.
Rating: ★★★☆☆
2. Ala Carte – Nasi Kerabu Ikan Goreng

Harga: RM9.91
Dari segi persediaan nasi kerabu semuanya sama sahaja apa yang membezakan adalah lauknya iaitu ikan goreng.
Ikan goreng dengan saiz tiga jari boleh dilihat pada gambar yang disertakan. Bukan sekadar digoreng, akan tetapi dicelup dengan tepung. Namun, masih tidak boleh menyaingi ikan celup tepung di Pantai Penarik.
Saiz ikan yang agak kecil mengurangkan penemuan isi yang bersih dan tanpa sebarang tulang halus. Ini agak menyukarkan untuk terus dimakan.
Rating: ★★☆☆☆
3. Teh o Ais

Harga: RM- (didatangkan dalam SET A)
Sebagai seorang lelaki yang sedang mengamalkan diet kurang gula, teh o ais yang disediakan kepada penulis agak manis dan memerlukan sedikit penambahan air kosong atau ais batu.
Rating: ★★☆☆☆
Menu Wajib Cuba
Jika pertama kali datang ke Nasi Kerabu Farhanah, saya cadangkan:
- Menu Signature: Nasi kerabu
- Menu Popular: Nasi kerabu
- Dessert Terbaik: Laksam Kelantan
- Minuman Popular: Sirap Ais
Menu ini merupakan antara yang paling banyak mendapat review positif daripada pelanggan.
Harga Makanan: Mahal Atau Berbaloi?
Secara keseluruhannya, harga di Nasi Kerabu Farhanah Seksyen 7 Shah Alam berada dalam kategori:
- Sederhana: RM20-RM50 seorang
Berdasarkan kualiti makanan, portion dan suasana restoran, saya merasakan ia masih berbaloi untuk wang yang dibelanjakan.

Kelebihan Nasi Kerabu Farhanah Shah Alam
- Menu pantai timur unik dan sukar didapati di tempat lain
- Suasana selesa
- Parking mudah
- Servis pantas
- Banyak pilihan makanan
Kekurangan Nasi Kerabu Farhanah Shah Alam
- Perlu beratur pada waktu puncak
- Parking terhad
- Harga sedikit premium
- Tempat agak kecil
Review Pelanggan Lain
Berdasarkan maklum balas pelanggan di Google Reviews dan media sosial, kebanyakan pengunjung memuji:
- Kualiti makanan
- Kebersihan restoran
- Layanan staf
- Suasana restoran
Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa komen mengenai masa menunggu yang agak lama ketika waktu puncak.
Tips Sebelum Datang
- Elakkan waktu makan tengah hari hujung minggu.
- Datang awal untuk mendapatkan parking.
- Buat tempahan jika datang berkumpulan.
- Cuba menu signature mereka.
Adakah Nasi Kerabu Farhanah Shah Alam Berbaloi?
Secara keseluruhan, Nasi Kerabu Farhanah Shah Alam merupakan antara tempat makan yang patut dicuba jika anda berada di kawasan Seksyen 7 Shah Alam.
Dengan kombinasi makanan yang sedap, suasana yang selesa dan servis yang memuaskan, saya memberikan penilaian:
⭐⭐⭐⭐☆ (4.5/5)
Jika anda mencari restoran yang sesuai untuk keluarga, pasangan atau gathering bersama rakan-rakan, tempat ini memang boleh dimasukkan dalam senarai anda.
FAQ
Apakah menu paling popular di Nasi Kerabu Farhanah Shah Alam?
Variasi nasi kerabu
Adakah Nasi Kerabu Farhanah Shah Alam halal?
Ya
Berapakah anggaran kos makan seorang?
RM10-RM15
Adakah perlu membuat tempahan?
Walk In boleh
Adakah restoran ini sesuai untuk keluarga?
Ya
Nasi Kerabu Farhanah Shah Alam | Delivery
hidangan nasi yang asalnya bewarna kebiruan, dan biasanya dimakan dengan ikan kering atau Ayam Percik, daging bakar, telur masin, keropok.
![]()
