Maggi Udang Kedai Makan Ombak Pantai Penarik Setiu

a collage of curry gravy prawn with noodles in a bowl

Kadang kadang mulut, tekak dan esofagus memerlukan satu bentuk terapi berupa cecair berperisa dan suam suam melalui mereka semua.

Apalagi kuahnya adalah dalam kategori makanan laut (seafood) perisanya. Ditambah pula dengan kekenyalan mi yang disedup bersama kuah yang suam dan pedas.

Nikmat sebegini pernah penulis rasai apabila merasa satu hidangan yang boleh dikatakan agak ‘rare’ untuk berada sebaris dengan menu-menu celup tepung.

Penulis cuba ceritakan ini adalah berkenaan, semangkuk maggi udang di sebuah restoran celup tepung di Pantai Penarik Terengganu.

Hidangan ini diberi nama Maggi Udang

Maggi Udang Ombak Pantai Penarik

Pada awalnya penulis agak kurang yakin akan makanan lain yang ada disini melainkan celup tepungnya. Apalagi restoran ini memang merupakan sebuah kedai yang menyediakan makanan celup tepung.

a bowl of soup with vegetables and meat

Sebagai kelainan penulis mencuba satu hidangan berkuah, yang masih dalam halaqah makanan laut iaitu maggi yang direndam di dalam kuah bewarna merah menuju ke tona kehitaman dengan kelihatan beberapa ekor udang bersaiz kecil terendam di dalamnya.

Beberapa item yang berjaya ditemui dalam semangkuk Maggi Udang Ombak Pantai ini adalah;

  1. Mi Maggi
  2. Udang
  3. Sayuran (lobak dan karot)
  4. Limau nipis

Rasa Kuah Maggi Udang

Bermula dengan hirupan pertama kuahnya dengan sudu besi, rasa manis mula berkisar di dalam mulut dan apabila keseluruhan kuah tadi melepasi pangkal esofagus maka bauany rempah mula datang dan seterusnya rasa pedas sederhana mula singgah dibahagian mulut.

Kuahnya tidaklah terlalu pekat dan tidaklah terlalu cair. Tekstur sebegini cukup elok apabila dihirup ketika ia masih suam. Terasa penuh di dalam mulut aromanya.

Mi Dalam Maggi Udang

Walaupun tukang masak menggunakan maggi yang biasa kita makan, ia masih kenyal dan tidak kembang dan lembik. Tekstur sebeini cukup enak dimakan bersama kuah tadi. Dari segi portion, sekeping sahaja kepingan maggi ini digunakan.

Lauk Dalam Maggi Udang

Dari segi nama pasti lauk utamanya adalah udang. Semestinyalah udang yang ada dalam Maggi Udang ini. Namun, besarkah ? atau banyakkah udangnya ?

a bowl of soup with shrimp and noodles

Dari segi saiz udang tidaklah saiz yang besar, sekadar saiz yang mampu kita lihat di kedai-kedai runcit di bahagian tong bewarnan oren.

Dari nilai bilangannya pula penulis mendapatkan udang ini melebihi lima ekor berjaya direndamkan di dalam kuah tersebut.

Tiada rasa yang istimewa pada udang ini selain udangnya masih boleh dimakan dan masih pejal serta warna isinya masih segar.

Ulasan Penulis

Kelebihan hidangan ini ada pada kuahnya. Memang boleh buat penulis teringat akan kuahnya hingga sekarang. Tetapi ia mungkin mengganggu perut mereka yang tidak berapa gemar akan pedas dan kanak-kanak.

Dari segi harga berpandukan kepada saiz udang, mi yang digunakan dengan harga sebegini agak mahal.

Penilaian Keseluruhan : 4/5

Informasi Pengunjung

Lokasi Ombak Pantai Pantai Penarik

Dalam laluan Pasir Puteh menuju ke Kuala Terengganu, restoran ini terletak di tengah tengah jajaran pelbagai kedai celup tepung.

Alamat

Ombak Pantai Penarik,
Jln Penarik,
21010 Kuala Terengganu,
Terengganu

Peta Lokasi Ombak Pantai Pantai Penarik

Harga Hidangan

RM15/mangkuk

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari. Bermula jam 10 a.m sehingga 8 p.m

Kaedah Pembayaran

  • Tunai
  • QR Duit Now
  • Bank Transfer
  • Touch n Go Ewallet

Loading

Mizan Yusof

Seorang travel dan foodie blogger separuh masa dari tahun 2015. Berkongsi pengalaman di tempat percutian dan tempat makan yang pernah dilawati segala pandangan adalah pandangan penulis sendiri dari pengalaman tiada sebarang kaitan dengan pihak lain A part-time travel and foodie blogger since 2015. Sharing experiences from travel destinations and eateries that have been visited. All opinions expressed are solely those of the writer, based on personal experience, and are not associated with any other parties.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *