Contoh Itinerary Percutian 2 Hari 1 Malam Di Pulau Perhentian Terengganu

Pulau Perhentian Terengganu antara pulau yang selalu dikunjungi pengunjung kerana nilai pelancongan dan kemudahan yang banyak.
Terdapat banyak agensi dan agen yang mempromosikan percutian di Pulau Perhentian yang terletak di Laut China Selatan ini.
Namun, penulis berikan sedikit tentatif atau itinerary ringkas pakej yang pernah ‘berjaya’ penulis lakukan ketika bercuti di Pulau Perhentian.
Untuk dua hari dan satu malam, ini pakejnya.
Hari Pertama (Day 1)
Pagi
Pukul 9 pagi wajib berada di jeti Kuala Besut, Terengganu.
Buat pembayaran selebihnya (jika hanya membayar deposit ketika tempahan) kepada wakil agensi percutian anda.
Selesai pembayaran dengan agensi, buat bayaran RM5 (marine tax) dan tunggu sehingga dipanggil oleh pemandu bot (boatman) atau krew agensi yang anda pilih.
Sampai di jeti Pulau Perhentian, terus menuju ke resort atau chalet atau tempat penginapan anda untuk urusan daftar masuk (check in) dan boleh simpan barangan untuk aktiviti seterusnya.
Buat persiapan untuk snorkeling dengan pakaian dan kelengkapan mengikut kesesuaian anda. Jangan lupa sebarang alatan tangkap gambar atau video nanti menyesal.
Dalam jam 10.30 dijangkakan bot akan mengambil anda untuk memulakan snorkeling.
Mengikut bot agensi yang anda pilih. Bagi agensi yang betul-betul menjaga pelanggan mereka akan ‘follow up’ dan ‘update’ semua aktiviti dengan menelefon anda.
Tengah Hari
Waktu makan tengah hari, sediakan wang untuk makan di restoran dan kedai makan sekitar Kg Nelayan Pulau Perhentian.
Selesai makan boleh teruskan aktiviti snorkeling.
Selesai aktiviti snorkeling (5 point semuanya) bolehlah menyambung urusan di tempat penginapan anda jika belum sempat untuk check in dan bawa barang terus ke bilik.
Petang
Aktiviti bebas, bermaksud aktiviti anda sendiri.
- Mandi laut
- Kayak
- Banana Boat
- Hiking ke Kincir angin
Di atas antara aktiviti yang boleh dilakukan untuk anda membuat pilihan. Tidak termasuk pakej percutian.
Bayaran sendiri sendiri.
Malam
Bolehlah makan di restoran dan kedai makan di Kg Nelayan atau Long Beach.
Terdapat pertunjukan main dengan api (fireshow).
Bersiar sepanjang pantai menikmati deruan angin malam di laut.
Anti-Slip Outdoor Water Sport Shoe
Swim Athletic Swimming Quick Dry Pool Aqua Shoes Beach Pantai.
Hari Kedua (Day 2)
Aktiviti bebas, bermaksud aktiviti anda sendiri.
- Mandi laut
- Kayak – RM35/half day
- Banana Boat – RM25/person
- Hiking ke Kincir angin
Boleh sambung aktiviti yang terlepas untuk dilakukan atau jika sudah lakukanya semua cadangan ini bolehlah gunakan masa ini, jalan jalan sambil menangkap gambar kenangan.
Jika anda ada buat ‘live’ apakata buatlah ‘live’ untuk kawan atau pengikut anda.
Petang
Masa untuk daftar keluar (check out) dari tempat penginapan. Biasanya waktu check out adalah jam 12 p.m.
Terus menuju ke Jeti untuk pulang ke Jeti Besut, Terengganu. Perjalanan memakan masa 40 minit sehingga 60 minit.
Ini adalah ringkasan dan tentatif pakej yang ada di Pulau Perhentian Terengganu. Ini adalah panduan percutian di Perhentian island dalam situasi tanpa pakej dan DIY. Nanti penulis akan perincikan itinerary, aktiviti dan pengalaman di artikel seterusnya.
Hotel Terbaik Berhampiran Perhentian Islands
Mencari hotel berhampiran Perhentian Islands di Pulau Perhentian? Terokai pilihan terbaik dengan ulasan yang disahkan.
![]()
