Cara dan Perbelanjaan Tiket Bercuti Ke Pulau Langkawi

Malaysia adalah antara negara yang sering dilawati pelancong luar. Malaysia digemari oleh pelancong kerana cuacanya dan perbezaan nilai matawang.
Banyak tempat menarik di Malaysia yang sering menjadi tumpuan. Salah satunya adalah Pulau Langkawi yang terletak di Kedah.
Keistimewaan Bercuti di Langkawi
Sebuah pulau lagenda dengan pelbagai keistimewaan. Tempat untuk bercuti untuk banyak disini.
Tidak kira anda gemarkan percutian untuk aktiviti air, aktiviti lasak apalagi bercuti kerana makanan.
Langkawi adalah syurga percutian tidak kira apa yang anda cari. Pantai, pulau dan makananan di Pulau Langkawi menjadikan ia tempat terbaik untuk dilawati.
Namun, tahukah anda bagaimana untuk sampai ke Pulau Langkawi ?
Pelbagai cara untuk ke Pulau Langkawi, mengikut bajet yang anda inginkan. Jika bajet kasar bolehlah menggunakan pesawat, jika bajet kecil boleh mencuba feri untuk ke Langkawi.
Cara untuk Ke Pulau Langkawi
1. Kapal Terbang
Di KLIA/KLIA2 dapatkan tiket penerbangan ke Pulau Langkawi. Terdapat dua syarikat penerbangan Malaysia yang ada penerbangan ke Langkawi (LGK)
- Airasia
- Malaysia Airlines
Bagi yang ingin ke Langkawi dengan tiket yang lagi murah boleh menaiki pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang, Skypark.
Dua jenis syarikat penerbangan untuk ke Langkawi (LGK) dari sini adalah;
- Fireflyz
- Malindo Air
- Batik Air
Secara kesimpulannya ada 4 syarikat penerbangan Malaysia boleh terbang ke Pulau langkawi, Kedah.
KLIA to Langkawi International Airport Ticket
Book a flight to Langkawi and experience Malaysian Hospitality.
2. Bas
Boleh dapatkan tiket bas dari mana-mana stesen bas menuju ke Kuala Perlis atau Kuala Kedah.
Boleh dapatkan tiket bas online dibawah; Tiket bas dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis : Tiket KL – Kuala Perlis
Kuala Lumpur to Terminal Bas Perlis Sentral (Kangar)
Get cheap ticket bus at promo price today.
3. Tren/Keretapi
Bagi jalan darat selain bas boleh juga menggunakan perkhidmatan kereta api dan turun di stesen Alor Setar,Kedah atau stesen Arau, Perlis.
ETS ( Electric Train Service )
Servis ETS ini bermula dari stesen kereta api Gemas sehingga Padang Besar Perlis
Harga Tiket ETS
- Kuala Lumpur – Alor Setar : RM 93 (ETS Platinum)
- Kuala Lumpur – Padang Besar : RM 102 (ETS Platinum) / RM 76 (ETS Gold)
*Harga adalah tertakluk kepada perubahan dan Waktu artikel ini dikeluarkan. Harga terkini boleh rujuk pautan kaunter tiket atas talian (online) dibawah;
Tiket ETS Dari Kuala Lumpur ke Arau, Perlis
ETS ticket price may vary from time to time. Please book earlier to get the best price..
Masa Perjalanan
- Kuala Lumpur – Alor Setar : 4 jam 49 minit
- Kuala Lumpur – Padang Besar : 5 jam 30 minit (ETS Platinum) / 4 jam 45 minit (ETS Gold)
Bayaran teksi dari KTM Alor Setar ke Jeti Kuala Kedah adalah sekitar RM 16.50 (sekadar anggaran)
Jeti untuk Ke Pulau Langkawi
Dapatkan grab atau teksi untuk ke jeti Kuala Perlis atau Kuala Kedah.
1. Jeti Feri Kuala Kedah
Gunakan feri ke Langkawi melalui jeti ini dengan harga tiket ;
- Dewasa : RM 23/sehala
- Kanak Kanak (3 – 12 tahun) : RM 17/sehala
Masa perjalanan adalah 1 jam 45 minit
Jetty Kuala Kedah to Jetty Langkawi Ferry Tickets
Get cheap Ticket Price at promo price today.
2. Jeti Feri Kuala Perlis
Gunakan feri ke Langkawi melalui jeti ini dengan harga tiket ;
- Dewasa : RM 18/sehala
- Kanak Kanak (3 – 12 tahun) : RM 13/sehala
Masa perjalanan adalah 1 jam 10 minit
Jetty Kuala Perlis to Jetty Langkawi Ferry Tickets
Get cheap Ticket Price at promo price today.
*perjalanan melalui jeti Kuala Perlis ke jeti Kuah lebih dekat dan cepat
![]()
