Percutian Menarik Di Bukit Keluang Besut Terengganu

daki bukit keluang youtube 1

Kedudukan Besut di Terengganu adalah unik sebenarnya. Terletak di dalam negeri Terengganu, namun, loghat dan dialek adalah Kelantan. 

Sebuah daerah yang menyempadani Kelantan dan Terengganu.

Daerah Besut ini boleh dikatakan sebagai kawasan perlancongan yang baru sahaja ingin ‘berjinak-jinak’ untuk tersenarai dalam ‘bucket list’ pelancongan Malaysia.

Masih baharu.

Tempat Pelancongan Baru Nak ‘Up’

Dengan pantainya yang memiliki keindahan dan aktiviti sukan air, jika dahulunya kawasan ini sekadar hutan pokok gelam yang cukup terasing dengan dunia luar.

Kewujudan Bukit Keluang belum lagi dikenali ramai, apabila sudah diperkenalkan keunikannya.

Maka, ia muncul sebagai salah satu tempat tarikan di hujung utara Kuala Terengganu.

Ketinggian Bukit Keluang Besut

Dengan ketinggian 369 meter dari aras laut. Tempat tinggi ini masih dalam kategori bukit.
Jika dilihat dari jauh, ia seumpama bonggol unta yang sedang duduk bersimpuh mengenangkan nasib di sebuah padang pasir namun berbulu hijau disebelah oasis Laut China Selatan.

Mendaki Bukit Keluang

Sudah dua kali sebenarnya penulis mendaki di Bukit Keluang. Bagi kali pertama, penulis hanya sekadar ingin berkenalan dan kini penulis akan ceritakan apa yang ada di Bukit Keluang, dari kaki bukit ke puncak.

Satu ‘trail’ yang telah disediakan melintasi bukit ini. Boleh bermula dari mana-mana bahagian.

Dua-dua permulaan pendakian agak memakan kalori sedikit. Namun, apabila sampai di puncak, berbaloi.

Melihat Matahari Terbit

Pada asasnya, puncak Bukit Keluang amat terbaik untuk menyaksikan matahari terbit memandangkan ia menghadap Laut China Selatan.

Ini adalah keunikan Bukit Keluang, betul-betul berada di gigi laut dan melintang menghadap laut.

Selepas subuh bolehlah mula membuat pendakian.

Apa yang Ada Di Sekitar Bukit Keluang ?

Kawasan rekreasi di dalam lingkaran Bukit Keluang Besut bukan semata-mata untuk datang ‘hiking’ dan ‘trekking’.

Lokasinya yang ada pantai dan laut inilah kelebihannya.

Bagi yang hanya mahukan permandangan laut dengan bukit boleh sahaja menikmati Pantai Bukit Keluang.

Pelbagai kemudahan dan aktiviti yang ada. Gerai makan, tempat berkelah tersedia menanti pengunjung.

Bukit Keluang Beach Resort

Bukit Keluang Beach Resort
Tempatnya cantik tapi beberapa fasilitas nampak usang. Lokasinya agak dekat dengan Pantai Bukit Keluang.

View Deals

Bagaimana Cara Untuk Ke Bukit Keluang Besut Terengganu ?

Kenderaan Sendiri

Usah khuatir, senang hanya mengikut aplikasi ‘waze’ atau ‘google maps’.
Buat carian lokasi Bukit Keluang.

Bas Ekspress

Bagi yang datang dengan perkhidmatan bas. Boleh turun di Stesen Bas Kuala Besut. Bas ekspress tidak akan masuk ke kawasan Bukit Keluang.

Kuala Lumpur to Terminal Bas Kuala Besut

Kuala Lumpur to Terminal Bas Kuala Besut
Book bus tickets departing from Kuala Besut Bus Station online at Easybook Malaysia.

View Deals

Teksi/Grab

Mudah sahaja untuk datang melalui teksi dan grab kerana untuk sampai ke Bukit Keluang semua jalan terus ke destinasi.

Pesawat Terbang

KLIA/KLIA2 boleh gunakan khidmat Airasia dan Malaysia Airlines. Bagi harga tiket lebih murah iaitu Fireflyz dan Malindo Air, boleh berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz Subang, Skypark.

Jika anda menggunakan khidmat kapal terbang, sebolehnya mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu, Kelantan kerana ia lebih dekat berbanding lapangan terbang Kuala Terengganu.

Flights to Kota Bharu

Flights to Kota Bharu
Cheap Flights to Kota Bharu — Explore markets, riverside vibes, and Kelantan culture with easy flight search.

View Deals

 

Loading

Mizan Yusof

Seorang travel dan foodie blogger separuh masa dari tahun 2015. Berkongsi pengalaman di tempat percutian dan tempat makan yang pernah dilawati segala pandangan adalah pandangan penulis sendiri dari pengalaman tiada sebarang kaitan dengan pihak lain A part-time travel and foodie blogger since 2015. Sharing experiences from travel destinations and eateries that have been visited. All opinions expressed are solely those of the writer, based on personal experience, and are not associated with any other parties.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *