Bayaran dan Fi Masuk Ke Pulau Kapas Terengganu

Bayaran 20dan 20Fi 20Masuk 20Ke 20Pulau 20Kapas 20Terengganu 1

Pulau Kapas walaupun secara perimeternya tidaklah begitu besar berbanding pulau-pulau lain sekitar Terengganu. Pulau Kapas memiliki keistimewaannya sendiri. Malah lebih dekat, sama sahaja aktiviti boleh dilakukan di pulau kapas.

Pulau Kapas cukup sesuai untuk percutian seharian (day trip) atau bermalam. Penulis akan kongsikan beberapa bayaran dan kos yang diperlukan untuk melengkapkan percutian di Pulau Kapas Terengganu.

Bayaran Parkir Di Jeti Marang

Kawasan parkir yang cukup luas, boleh parkir didepan kiosk-kiosk jualan tiket feri ke Pulau Kapas. Namun, jika penuh masih ada parkir di bahagian belakang premis jualan tiket.

Harga Tiket:

Day Trip: RM 6.00/malam
Bermalam (Stay pulau): RM 9.00/malam

Bayaran Fi Masuk ke Pulau Kapas

Terdapat dua jenis bayaran sebelum boleh menaiki feri/bot ke Pulau Kapas. Kedua-duanya perlu dibuat bayaran di Jeti Marang. Dua caj tersebut adalah;

Bayaran Servis dan Akses Pulau:

Bayaran 20Perkhidmatan 20dan 20Akses 20Pulau 20Kapas 1

Dewasa: RM 5.00
Kanak-Kanak (5 hingga 12 tahun): RM 3.00

Bayaran Fi Taman Laut:

Bayaran 20Taman 20Laut 20Pulau 20Kapas 20Receipt 1

Dewasa: RM5.00
Kanak-Kanak (5 hingga 12 tahun): RM 2.00
Warga Emas (60 tahun ke atas): RM 2.00

Tiket Bot/Feri (Ombak Kapas)

Ombak 20Kapas 20Boat 20Ticket 20Receipt 1

Penulis menggunakan perkhidmatan bot dan feri dari Ombak Kapas, kerana penulis akan menginap di Ombak Kapas Resort Pulau Kapas.

Harga Tiket Bot:

Dewasa : RM 40.00 (pergi/baik)
Kanak-Kanak (5 hingga 12 tahun): RM 20.00 (pergi/baik)

Harap info di atas akan memudahkan bakal pelancong ke Pulau Kapas menyediakan wang atau penyedian itinerary dengan bajet yang telah dirancang. Kos dan bayaran di atas adalah maklumat bayaran untuk ke Pulau Kapas dengan tambahan untuk aktiviti snorkeling.

Lock Luggage Malaysia

Find Accomodation in Pulau Kapas Terengganu | CLICK HERE!
Hotels in Pulau Kapas — Agoda Pulau Kapas – Best Prices Guaranteed with Deals, Special Member Prices.

View Deals

Loading

Mizan Yusof

Seorang travel dan foodie blogger separuh masa dari tahun 2015. Berkongsi pengalaman di tempat percutian dan tempat makan yang pernah dilawati segala pandangan adalah pandangan penulis sendiri dari pengalaman tiada sebarang kaitan dengan pihak lain

You may also like...

4 Responses

  1. mrhanafi says:

    Ada peluang memang saya mahu juga ke Pulau Kapas

  2. Pulau Kapas tidak begitu jauh dari tanah besar semenanjung..naik bot pun tidak sampai sejam..bolehlah jadikan Pulau Kapas sebagai pengalaman pertama jelajah pulau di Terengganu

  3. Boleh tahan juga byk yg perlu dibayar.. tiket bot RM40 return tu kira murah dari Johor nak ke Batam RM180 return hihii..
    Tgh kira2 kalau pergi seisi keluarga husbnand wife dgn anak 4 org..

  4. Kadang kadang kita nampak kos feri, kos makan sahaja kalau mahu ke pulau.
    kena sediakan juga lebihan bajet untuk kos ala ala tersembunyi macam ni, nanti tidaklah agak kalut hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *