Homestay Banglo Berkembar Dengan Kolam Mandi Di ZR D’Pusu Gong Badak Terengganu

ZRD 20Pusu 20Homes 20Homestay 20Gong 20Badak 20Terengganu 1

Mencari inap desa di sekitar Kuala Terengganu sekarang cukup mudah. Sudah banyak inap desa yang wujud apabila warga tempatan memiliki modal tanah dan rumah untuk dibuat inap desa.

Apalagi Terengganu yang memiliki banyak tempat menarik dalam aspek pelancongan. Kedudukan strategik Terengganu di pesisir Laut China Selatan merupakan penjana perolehan Terengganu dalam sektor pelancongan yang melibatkan pantai dan laut. Dalam kawasan bandaraya Terengganu sendiri banyak tempat pelancongan menarik.

Homestay Sekitar Gong Badak, Terengganu

Terdapat satu lagi inap desa yang penulis telah berjaya cuba adalah di sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu yang terletak berhampiran dengan Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Bagi yang cintakan bunyia enjin pesawat pasti gemarkan suasana di sini, walaupun lapangan terbang Terengganu tidaklah sesibuk lapangan terbang Kota Bharu.

Suasana dan Lokasi Dalam Kampung 

Walaupun lokasinya terasa seperti dalam ‘bandaraya pesisir pantai’, namun ‘homestay’ ini terletak di dalam kawasan kampung dengan suasana bangun pagi terdengar akan kicauan burung dan ada sekali sekala akan terlihat beberapa ekor lembu yang bebas dilepas oleh tuannya.

Laman 20Parkir 20dan 20Laman 20Rumah 20Luas 1

Apalagi dihadapan inap desa ini terdapat tali air yang masih digenangi air memungkinkan penggemar ‘casting’ akan teruja. Apalagi dengan bertentangan dengan rumah penduduk tempatan lebih memberikan suasana balik kampung bagi yang ada kampung halaman.

ZRD Homestay Gong Badak Terengganu

ZRD 20Pusu 20Homestay 20Signboard 1

Rekabentuk struktur binaan inap desa ini datang dalam kombinasi dua buah rumah yang bercantum, bukan dalam versi rumah ‘semi-D’ yang sering dilihat di taman perumahan tetapi lebih kepada rumah banglo yang bercantum.

Halaman depan yang ditaburkan dengan batu kerikil yang agak luas boleh memuatkan dua buah bas persiaran secara melintang.

View 20Depan 20ZRD 20Homestay 1

Warna binaan yang agak menarik dengan tidak begitu menonjol namun masih kelihatan menarik. Dengan 

Inap desa yang berpagar yang menghalang terbentuknya hutan pokok gelam disekelilingnya ini dinamakan ZRD Homestay.

Ruang Tamu Dengan Perabut Ringkas

Buka sahaja pintu dengan dua daun, akan terlihat sofa yang menghadap televisyen di bahagian ruang tamunya. Ringkas sahaja dekorasinya tiada yang terlalu ‘fancy’.

Ruang 20Tamu 20Homestay 1

Pengcahayaan ruang tamu dibuat kekal dengan kehadiran satu pintu ‘sliding door’ selain dibantu oleh beberapa lampu ‘downlight’.

Dekorasi 20Ruang 20Tamu 20Rumah 20Kiri 1

Tidak ketinggalan satu alat yang memutarkan angin supaya manusia terasa sejuk dan nyaman, iaitu kipas di siling ruang tamu.

Ruang 20Tamu 20Dengan 20Pengcahayaan 20Luar 1

1 Bilik Utama dan 3 Bilik Standard

Homestay ini memiliki satu bilik utama (master bedroom) dan terdapat tiga lagi bilik yang memiliki saiz lebih kecil dari bilik utama.

Bilik Utama (Master Bedroom)

Lengkap dengan satu katil bersaiz queen yang mampu memuatkan dua orang dalam satu masa. Disediakan dua buah bantal dengan lipatan selit selimut yang bewarnan seperti gula perang di hujung katil, jika tidak diusik lagi.

Master 20Bedroom 20Homestay 1

Satu bilik air dibina di dalam bilik utama, dengan pancuran mandi dari siling dan tandas duduk yang agak tipikal dimana sahaja anda berada.

Satu pendingin hawa dan satu kipas siling menjadi medium penyejuk dan penghilang sejatan peluh dalam bilik utama ini.

Bilik Standard

Terdapat tiga buah bilik dengan perimeter dan kelengkapan yang sama. Dengan katil dalam saiz king masih mampu memuatkan dua orang, namun, masih juga boleh memuatkan tiga orang secara melintang akan tetapi pastinya kaki akan berjuntai jika anda memiliki tinggi ‘standard’ manusia normal.

Mahu bermain ‘roll-over’ seperti dalam video lagu kanak-kanak seperti Hogi dan Pinfong ? Mungkin agak terhad.

Katil 20Dalam 20Bilik 20Standard 1

Namun, walaupun agak sempit, masih memberikan keselesaan untuk penginapnya, dilengkapi satu pendingin hawa dan didatangkan juga kipas siling sebagai tambahan.

Kelengkapan 20Dalam 20Bilik 20Standard 1

Ampaian yang dipasang pada dinding,membolehkan penginap menyimpan pakaian dengan lebih teratur dan mampan, apa maksud mampan ? entahlah, penulis tulis sahaja sebab macam pernah terdengar.

Di celah tiga buah bilik ini terdapat satu bilik air yang saiz dan kelengkapan dalamnya tidaklah begitu berbeza dengan bilik utama, namun, harus dikongsi bersama.

Tandas 20Kedua 1

Ruang Makan dan Dapur

Dari segi dekorasi, kelengkapan, dan suasana di kawasan ini, penulis terkadang akan mula terlupa bahawa ini adalah inap desa kerana rekabentuk dalamannya tidak ubah seperti sebuah rumah yang sememangnya bukan untuk hiasan ‘homestay’. Kemas, tersusun dan cantik.

Perkakas 20Ruang 20Dapur 1

Meja makan yang agak besar, mampu digunakan dalam 6-7 orang dalam satu masa. Pengcahayaan rumah contoh yang redup, apalagi terdapat satu ‘mini bar’.

Dekorasi 20Di 20Ruang 20Makan 20Homestay 1

Boleh dikatakan 99% dalam ruangan dapur lengkap dengan peralatan dan kelengkapan sebuah dapur yang diperlukan penginap dengan adanya peralatan seperti peti sejuk, water dispenser, mesin basuh, dapur memasak dengan ventilation, dan beberapa barang kutleri lain.

Ruang 20Meja 20Makan 20Rumah 201 1

Di atas peti sejuk tersedia beberapa makanan ringan (jajan), minuman dalam pek (3 in 1), yang disediakan, percuma, eh bukan percuma, tetapi ambil dan bayar sebagai talian hayat mungkin.

Peti 20Sejuk 20dan 20Mesin 20Basuh 1

Dua Buah Kolam Mandi Di Backyard

Kolam 20Mandi 20 20Backyard 20Homestay 1

Dalaman rumah masih kelihatan lokal, namun, apabila mula membuka pintu belakang untuk melihat halaman belakang (backyard), nah! seumpama anda telah memasuki ruangan portal ke ‘backyard’ ala inggeris.

Dua 20Buah 20Kolam 20Homestay 1

Dua buah kolam mandi yang tipikal warna jubin birunya terpampang megah di hadapan. Satunya dengan kedalaman orang dewasa dan selebihnya untuk kanak-kanak bermain. Boleh dikatakan ini adalah antara kolam mandi persendirian (private pool) yang cukup dekorasinya pernah penulis lihat di ‘homestay’.

Saiz 20Kolam 20dan 20Persekitaran 20Kolam 20Luas 1

Pancuran bilas, tandas ringkas, payung gerak-gerak, kerusi berkhemah antara ‘kondimen’ persekitaran di kolam mandi inap desa ZRD Homestay Gong Badak ini.

Teduhan 20dan 20Tempat 20Duduk 20Sekitar 20Kolam 1

Dari segi kebersihan dan sanitasi pastinya sentiasa dalam jagaan, dimana air kolamnya yang cukup jernih dan sering melalui saluran untuk rawatan air yang standard.

Pit Barbecue dan Ruang Lepak Santai

Untuk tidak menidakkan lagi suasana santai, dan telah berjaya mengurangkan aktiviti dalam rumah selain tidur dan tukar pakaian.

Pit 20Barbecue 20dan 20Meja 20Makan 1

Terdapat satu pit pemanggang yang diletakkan di penjuru kawasan ‘backyard’ rumah. Dengan satu kawasan santai lengkap kerusi dan meja untuk menikmati makanan atau menikmati ‘kedebushan’ air kolam mandi yang sekali sekala tempat terkena bola apabila ada yang bermain bola dalam air.

Kawasan 20Lepak 20Santai 1

Ruang riadah ini cukup sesuai untuk ‘healing’ dan lepas santai kerana berbumbung namun tidak tertutup sepenunya memberikan ventilasi udara dari sisi dan belakang hutan paya gelam.

TV, Android Box, dan WIFI Internet

Sengaja penulis letakkan ulasan hiburan duniawi seperti televisyen, dibahagian akhir ulasan. Namun, masih juga penting kerana terdapat jaringan internet dalam bentuk Wi-Fi di homestay ini.

Ruang 20TV 20dan 20Hiburan 1

Walaupun terdapat televisyen yang lengkap dengan ‘android box’ yang memungkinkan penginap untuk akses Youtube dan Netflix, penulis yakin, suasana dan keadaan di ‘backyard’ mampu melupakan TV.

Namun, Wi-fi perlu terpasang.

Rating Penulis: 4.7/5.0

Informasi Pengunjung

Lokasi Penginapan

Tidak begitu sukar untuk sampai kerana berada di kawasan yang tidak begitu terpencil sekitar Gong Badak.Jika ingin buat carian, lihat pada Google Maps, hujung runway Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Boleh dilakukan carian melalui Google Maps dan Waze.

ZRD D’Pusu Homestay,
16227 Kg Pusu, 
3, Jalan Gong Badak, 
21300 Kuala Terengganu, 
Terengganu

Peta Lokasi Zr D’Pusu Homes

Harga Penginapan

  • Dua Banglo : RM1300/malam

Bilik Tidur

  • 1 Bilik utama : aircond + kipas syiling (katil queen) + tandas 
  • 3 Bilik Standard : aircond + kipas syiling (katil king)

Bilik Air

  • 2 Buah dengan ‘toiletries’.

Kemudahan Lain

  • Smart TV (Android TV)
  • Unifi Wifi
  • Tempat Masak (termasuk pinggan/mangkuk/sudu/garfu)
  • Tempat BBQ
  • Kolam Mandi (dewasa dan kanak-kanak)

Kelengkapan

  • Tuala 
  • Sejadah
  • Seterika (termasuk bod)
  • Mesin Basuh
  • Peti Sejuk
  • Water Dispenser
Kelengkapan 20Sterika 1

Liputan Data Internet/Telekomunikasi

  • Umobile – 4G
  • CelcomDigi – 4G

Polisi/Peraturan

  • Check In : 3.00 p.m 
  • Check Out : 12.00 p.m

Hubungi

  • ZRD D’Pusu Homestay Kuala Terengganu – 011-3607 7175
50-80L travel bagpack expandable waterproof

50-80L Travel Backpack Expandable Waterproof
waterproof hiking Backpack with shoe compartment 15.6/17/18 inch laptop backpack.

Buy Here

Loading

Mizan Yusof

Seorang travel dan foodie blogger separuh masa dari tahun 2015. Berkongsi pengalaman di tempat percutian dan tempat makan yang pernah dilawati segala pandangan adalah pandangan penulis sendiri dari pengalaman tiada sebarang kaitan dengan pihak lain

You may also like...

2 Responses

  1. rm1300 tapi sudah 2 banglo… muraah ^o^

    ntah kapan lah saya bisa ke terengganu ini … juni ini ke malaysia lagi seminggu, tapi destinasinya masih KL dan penang lagiiiii hahahaha. 2 kota ini udh kayak rumah kedua sih ..

    tapi kalo ntr bisa berdua aja dengan suami, pengen jelajah sampai terengganu dan lainnya

  2. lengkap furniture nya dan agak luas.

    Nanti bolehlah datang ke area pantai timur pula boleh rasain kelainan dan perbedaan dengan pantai barat Malaysia peninsular untuk liburan dan wisata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *