Homestay Rumah Tradisional Kampung dan Berkolam Mandi Di Homestay Bunga Raya Kg Gebok Mantin

Bagi penulis jika ada yang inginkan suasana kehidupan kampung yang masih kemelayuan dan relevan di masa kini adalah kawasan kampung yang ada di Negeri Sembilan jika di sebelah pantai barat semenanjung Malaysia.
Kampungnya masih terpelihara dengan suasana alam semulajadi dan sosio ekonomi kawasan sekitar. Apalagi kawasan kampung yang boleh dikatakan terletak di bahagian hulu yang memiliki struktur kontur tanah tinggi dengan aliran air yang membentuk sungai.
Keheningan Panorama Kampung yang Asli
Sebagai contoh adalah Mantin di Negeri Sembilan. Dikelilingi dengan panorama bukit-bukau dengan majoriti kehidupan disini menjadikan kebun buah-buahan sebagai sumber ekonomi masyarakat setempat memberikan suasana kampung yang cukup untuk percutian singgah atau ‘staycation’.

Apalagi dengan penginapan inap desa dengan pengalaman bangun paginya sudah mula didendangkan dengan kicauan burung berzikir kepada Tuhan dan kedengaran orang kampung bertegur sapa yang sentiasa menjadi retorik permulaan sebuah babak dalam iklan raya Aidilfitri.

Ditambah pula dengan rekabentuk rumah inap desa dengan ciri-ciri rekabentuk kemelayuan yang bumbungnya agak terperinci apalagi dekorasi pada dinding serta binaan lain yang ada pada rumah ala tradisional mungkin mampu membangkitkan memori kanak-kanak dengan ngiangan iklan Adabi yang menjadikan babak bukaan jendela kayu sebagai ‘trademark’.
Tanaman Pohon Buah Sekitar Laman
Dengan laman sekitarnya ditanam dengan pohon kayu yang mampu memberikan buah dan teduhan seperti manggis, jambu kayu, rambutan apalagi pohon kelapa mawar yang rendah berbuah lebat, memang sah pengalaman memiliki rumah tradisional dengan pengalaman hidup tenang di kampung lebih terasa.

Meskipun ada sungai di bahagian belakang, namun yang tidak begitu terjaga dengan air yang agak terhad alirannya. Kekurangan ini berjaya diatasi dengan cemerlang dengan kehadiran kolam peribadi yang boleh memuatkan satu keluarga tidak kira dewasa dan kanak-kanak.
Homestay Bunga Raya Kg Gebok Mantin
Kriteria yang penulis ceritakan di atas adalah mengenai sebuah inap desa yang cukup tradisional dan menenangkan yang ada di Kg Gebok, Mantin Negeri Sembilan. Sebuah inap desa dalam kampung yang memiliki jalan kampung agak kecil namun pasti penginap akan menikmati pengalaman hidup di kampung walau satu malam.

Inap desa yang penulis maksudkan adalah Homestay Bunga Raya Kg Gebok
Sekali pandang terus terngiang dalam ruang ‘catchy’ dalam otak lagu tradisional sebagai lagu latar. Dengan mercu tanda selamat datang oleh haruman pokok bunga rampai yang ditanam di sebelah pagar utama. Tambahan pula tangga batu yang bewarna-warni, tidak sabar rasanya untuk masuk ke rumah tradisional ini.
Ruang Tamu ‘Aura’ Tradisional

Buka sahaja pintu utama, terbentang luas ruang tamu yang mampu membangkitkan kenangan lama (kali ini kedengaran radio gramophone sebagai latar. Kali pertama melihat ruangan ini terus terbayangkan seminggu sebelum raya suasananya.

Agak klise permandangan untuk iklan raya, dengan seksyen televisyen dengan Astro Njoi di bahagian kanan, terdapatnya ruangan rehat dengan sofa ‘mesin masa’ iaitu sofa apabila anda terjun terus tenggelam dan di penjuru depan terdapat ruangan makan yang pastinya terbayang beberapa mak, mak cik atau gadis-gadis sedang mengupas bawang di meja makan tersebut.

Ruangan Bilik Persendirian Rumah Kampung
Terdapat tiga buah bilik tidur yang agak sama dekorasinya. Melainkan bilik tidur utama yang terletak paling hujung yang disertakan dengan bilik air sendiri. Ada sebab bilik tidur utama di bahagian paling hujung kerana ia agak memanjang perimeternya dan memiliki bukaan jendela yang agak banyak.

Katil untuk bilik utama adalah bersaiz Queen, bilik sebelah kanan dilengkapi satu katil single, manakala bilik sebelah kiri dari luar memiliki dua buah katil single.

Dua bilik lain bertentangan antara satu sama lain bagi memberikan pengcahayaan dari luar juga menerusi tingkap/jendela.

Kelengkap yang ada di ketiga-tiga bilik tidur adalah sama sahaja, dilengkapi dengan kipas siling dan pendingin hawa.
Kecuali bilik utama, dua bilik lain akan memerlukan perkongsian bilik air yang terletak di bahagian dapur.
Ruang Dapur yang Agak Strategik
Bahagian dapurnya terletak sejurus kelihatan meja makan di bahagian kiri pintu hadapan. Boleh dikatakan cukup lengkap kelengkapan dan barang ‘hardware’ keperluan untuk memasak, walaupun ketika kejadian bateri dapur gagal berfungsi namun pemetik api disediakan.

Air panas boleh didapati dengan menggunakan ‘water dispenser’ yang disediakan, turut membantu satu cerek eletrik sebagai ‘spare’. Bagi yang ingin membuat ‘spin’ mengeringkan pakaian apalagi ingin membasuh baju, terdapat mesin basuh elektrik versi manual disediakan di sebelah bilik air kedua.

Pintu dapur juga memberikan akses kepada penginap untuk ke….
Laman Belakang Tempat Rekreasi Dengan Kolam
Laman belakang ini boleh dikatakan akan menjadi kawasan paling lama untuk diterokai kerana dibahagian ini adalah lama belakang dengan sebuah kolam mandi.
Kolam mandi yang memiliki sistem ‘filtration’ yang lengkap dan berfungsi menjamin keselamatan dan kondisi air kolam. Kolam mandi dengan kedalaman maksima paras dada seorang lelaki dengan ketinggian 171cm. Kedalaman secara beransur-ansur dari hujung kawasan takungan kanak-kanak.

Satu gazebo disediakan sebagai ‘singgahan’ pelbagai guna ketika menggunakan kolam mandi yang disediakan.

Keselesaan, ketenangan dan pengalaman menikmati rumah kampung versi bangsawan di Homestay Bunga Raya Kg Gebok Mantin ini mungkin akan memungkinkan untuk penulis datang lagi.

Sejujurnya tiada banyak kawasan menarik di kawasan luar inap desa melainkan syurga peminat buahan tempatan.
Tempat Menarik Berdekatan Inap Desa Bunga Raya
Mungkin ada yang ingin ke Bukit Broga, Ostrich Wonderland & Rabbit Fundland Semenyih apalagi untuk ke Sepang Circuit, masih dalam radar sekitar 30 minit-45 minit anda.
atau ke Food Festival by Kak Nab dengan menghabiskan 2 jam beratur mendapatkan Suka Dessert seperti isteri penulis haha.
Dengan ‘layanan’ pemilik yang agak mengikut kata penginap dan tidak begitu kekok dalam menyantuni penginap walau tiada di depan mata. Terima kasih untuk 5 biji kelapa pandan yang berjaya dipetik dan diambil airnya dengan kebenaran.
Rating Penulis: 4.8/5.0
Informasi Pengunjung
Lokasi Penginapan
Exit LEKAS Pajam atau Exit ELITE Nilai, terus menuju ke Jalan Pajam-Nilai-Salak, sampai sahaja Kg Gebok sekitar kawasan jualan buah-buahan, terus masuk Jalan Bunga Raya yang agak memerlukan pemberian jalan jika bertembung.
Google Maps dan aplikasi Waze ada.
Homestay Bunga Raya,
Jalan Bunga Raya, Kampung Gebok,
71700 Mantin, Negeri Sembilan
Peta Lokasi Homestay Bunga Raya Mantin
Harga Penginapan
RM450/malam (RM100 refundable deposit)
Ruang Tidur
- 1 Bilik utama : aircond + kipas siling (katil queen) + tandas
- 2 Bilik Standard : aircond + kipas siling (katil single)
Bilik Air
- 1 Bilik Utama
- 1 Dapur
Kemudahan Lain/Fasiliti
- Smart TV (Njoi Astro)
- Tempat Masak (termasuk pinggan/mangkuk/sudu/garfu)
- Tempat BBQ
- Kolam Mandi
- Gazebo
Kelengkapan
- Tuala Mandi
- Sejadah
- Sterika bersama iron board
- mesin basuh manual
- Peti Sejuk
- Water Dispenser
Liputan Data Internet/Komunikasi
- CelcomDigi : 5G
- Umobile : 5G
Polisi / Peraturan
- Check In : 3.00 p.m
- Check Out : 12.00 p.m
Hubungi
011-31320375
Penginapan Desa Dengan Fasiliti Lengkap Negeri Sembilan Rasai Keindahan Panorama Negeri Sembilan Malaysia Suasana Kampung. TEMPAH SINI SEKARANG! ![]()

cantik rumahnya dan rate pun sgt ok tu!