Udang Celup Tepung Buttermilk Suatu Perjalanan Jalan Kebun

Apabila melihatkan kepada satu frasa ‘suatu perjalanan’ pastinya tergambar satu naskah tajuk novel mengenai sebuah perjalanan tidak kira perjalanan hidup atau perjalanan ‘travel’.

a plate of crispy fried prawns with buttermilk sauce and rice

Namun, (dibisik ala iklan kurma), ia sebenarnya nama sebuah kedai makan yang terletak di Jalan kebun Shah Alam Selangor. Pada hemat penulis nama restoran ini sudah agak unik dan istimewa.

a plate of food on a wood table

Nama restoran sudah agak unik, apakah menu makanan yang ada di Restoran Suatu Perjalanan Jalan Kebun Seksyen 32 ini juga seunik namanya. Memandangkan penulis pertama kali datang mencuba makanan di sini, penulis memulakan ulasan kali ini dengan makanan pengenalan (signature) restoran ini iaitu Nasi Udang Buttermilk.

Menu ini datang dalam porsi sepinggan sederhana. Agak sesuai untuk seorang sahaja menikmati hidangan ini.

Semangkuk nasi putih dalam dekorasi hasil telungkup mangkuk kecil. Sumber karbohidrat utama dalam menu ini.

Watak utama dalam menu ini adalah lima ekor udang dengan saiz 2 jari setengah saiznya sedang ceria dalam posisi ‘tunduk udang’ sebagaimana istilah tunggangan motosikal di lebuhraya ketika ‘ride’.

Udang-udang yang disusun secara tersusun tunduk udang ini dialaskan dengan dua kepingan daun salad yang biasa ditemui dengan ciri beropol-ropol dihujungnya.

Menu ‘signature’ ini tidak begitu menyerlah jika tiada kehadiran sebekas kecil kuah pekat bewarna perang kekuningan yang pastinya merupakan perasa kepada set hidangan ini, iaitu kuah buttermilk.

Tidaklah begitu berperisa nasinya, nasi putih biasa yang boleh ditanak dimana-mana dapur seluruh dunia dengan periuk nasi elektrik. Namun, untuk penulis kali ini, teksturnya agak kering dan keras mungkin sedikit air digunakan untuk tanakkan kali ini. Tidak jatah tapi masih boleh dimakan.

Udang yang bersaiz agak sederhana ini datang dalam populasi sebanyak lima ekor. Udang yang tersusun elok tunduk ini bukanlah semata-mata udang yang digoreng, ia adalah udang yang dicelup tepung dan telur sebelum digoreng garing.

a hand holding a piece of spicy crispy fried prawn dipped in buttermilk sauce

Terima kasih untuk isi udang yang masih pejal dan segar, kemanisan asli pada isi udang ini masih terasa walau dimakan begitu sahaja.

Namun, untuk mendapatkan isinya, memerlukan penulis mengopek dahulu kulitnya yang membawa kepada kejadian terpisahnya keruping/keriuk celup tepung dengan udang.

Kuah buttermilk di restoran ini dikelaskan kepada tiga variasi rasa pedas. Biasa, sederhana dan pedas. Inilah keunikan yang ada pada kuah buttermilk disini. 

Bagi pemula yang pernah merasai lada habanero, penulis mencadangkan kepada diri sendiri untuk variasi sederhana.

Selepas berjaya mengasingkan kulit udang dengan isinya, celup pula dalam kuah atau mungkin sedap dipanggil sos buttermilk memang ‘syahdu’ perisanya. 

Pekat, masin, berlemak dan pedas datang sekali dalam satu masa apabila berpadu di dalam mulut. Apalagi kehadiran bau ‘lemak’ yang biasa dihidu ketika menikmati hidangan ‘buttermilk’.

Sejujurnya, tanpa kehadiran kuah/sos buttermilk ini, kelam, suram, gerhanalah menu ini. 

Nanti, mungkin boleh cuba level kuah yang paling atas. Mungkin boleh cuba dapatkan tempat duduk yang kipasnya tidak begitu ‘liar’, risau berpeluh.

Rating 4.5/5.0

Terletak di tepi Jalan Bani bersebelahan dengan Restoran Chorr.Google Maps dan Waze boleh membantu.

Signboard Kedai Makan Suatu Perjalanan

Restoran Suatu Perjalanan,

PT140583-A Jalan Bani, 

Batu 7, Seksyen 30, 

Kampung Jln Kebun, 

40460 Shah Alam, 

Selangor

Nasi Udang Buttermilk : RM18.00

Dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat bermula jam 11 pagi hingga 8 malam

Kemudahan/Fasiliti

Kerusi Baby

Tunai

QR Duitnow

Paywave

Foodpanda

Grabfood

Shopeefood/Bekal

Misi Rakyat

Loading

Mizan Yusof

Seorang travel dan foodie blogger separuh masa dari tahun 2015. Berkongsi pengalaman di tempat percutian dan tempat makan yang pernah dilawati segala pandangan adalah pandangan penulis sendiri dari pengalaman tiada sebarang kaitan dengan pihak lain

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *