Masbro Village Homestay Melaka Warna Warni Ala Gamcheon Culture Village

masbro village homestay melaka 1

Pernah terlihat kawasan perumahan dengan permandangan warna warni? Tidak kiralah dalam cerita atau dokumentari, banyak rumah sebegini menjadi tarikan pelancong untuk datang.

Sebagai contoh yang biasa dilihat adalah kawasan di Korea Selatan iaitu Gamcheon Culture Village.

Perkampungan Rumah Warna Warni

Mengambil gambar dan menikmati kawasan sekitar dengan permandangan rumah bewarna warni, antara kawasan dengan rumah warna warni di dunia ialah;

  • Jodphur, India
  • Bo-Kaap, Afrika Selatan
  • St. John’s, Kanada
  • Chefchaouen, Morocco
  • Brighton Beach, Australia

Penulis senaraikan diatas beberapa kawasan dan perkampungan warna warni yang menjadi tarikan pelancongan untuk kawasan terbabit.

Rumah Warna Warni Di Malaysia

Adakah kawasan perkampungan sebegini di Malaysia ?

Ada sebenarnya, namun ia adalah perkampungan yang berupa chalet yang terletak di Melaka.
Lebih dikenali dengan nama Masbro Village Homestay.

masbro village grey

Masbro Village Homestay Melaka

Rumah warna warni Masbro Village Homestay ini terletak dalam kawasan bandar di Melaka.
Homestay ini lebih kepada rumah segitiga yang terdapat di Brighton Beach, Melbourne Australia.

satu unit chalet

Nak dimasukan dalam kategori homestay, tetapi ia lebih kepada resort dan chalet kerana seumpama sebuah perkampungan menjadikan namanya diberikan gelaran homestay.

Resort Dengan Chalet Warna Warni

Warna untuk setiap unit chaletnya menjadi keunikan, yang dicat dan diwarnakan dengan pelbagai warna yang terang. Ada kuning, merah jambu, biru dan pelbagai warna lain lagi.

masbro village colorful

Unit chalet ini dibahagikan kepada dua bahagian, ruangan bawah dan ruangan atas.
Tidak begitu besar ruangannya namun sesuai untuk 4 hingga 5 orang penginap dalam satu masa.

Jenis Bilik Masbro Village Melaka

family studio masbro

Tiada sebarang pilihan jenis bilik sebenarnya, apabila menginap disini semua sama sahaja iaitu bilik jenis studio dan lebih tepat family studio.

bilik tidur katil

Faham sahajalah studio, dimana satu bilik tanpa partition, namun di sini dua bahagian dipisahkan dengan satu tangga.

view atas masbro village

Di ruangan bawah juga terdapat katil dan tempat tidur selain dari ruang tamu dan dapur di bahagian paling jauh dari pintu.

Bilik dilengkapi dengan pendingin hawa dan disertakan juga kipas dinding.

Kolam Mandi Awam

kolam mandi luas

Kebanyakan bakal pengunjung akan mencari kemudahan ini sebagai pilihan untuk menginap. Kolam mandi ada disediakan disini, secara awam iaitu kolam yang diletakan di tengah tengah kawasan ‘perkampungan’ Masbro Village ini.

kolam mandi masbro

Untuk dewasa dan untuk kedalaman kanak-kanak dengan latar belakang nama homestay ini dibelakangnya.

Fasiliti & Kemudahan Lain

Dapur

Memandangkan ia lebih kepada homestay, maka terdapat dapur untuk memasak. Bawa sahaja air fryer anda atau rice cooker untuk memasak. Dilengkapi dengan sinki dan dapur memasak. Sesuai dengan nama ‘Family Studio’.

Dilengkapi juga dengan peti sejuk untuk penyimpanan makanan lebih lama.

Televisyen

kelengkapan bilik

Tidak akan sunyi suasana apabila berada di dalam chalet ini apabila disediakan hiburan berupa TV. Apalagi ketika sedang mengeringkan badan selepas mandi di kolam.

Bilik Air

Dua buah bilik air disediakan, kedua-dua bahagian  disediakan bilik air.
Agak sederhana luas dengan kelengkapan mandi.

Kafe/Restoran

kafe tutup

Terdapat satu kafe atau kedai makan berdekatan dengan kolam dan ditengah perkampungan. Namun, sepanjang penginapan tiada sebarang kelibat petanda bahawa ia dibuka.

Pit Barbecue (BBQ)

Terdapat pit barbecue atau tempat untuk bbq, namun ia mungkin dikenakan bayaran tertentu.

Pengalaman Penulis

masbro malam

Kelebihan

Semestinya kelebihan kawasan village ini adalah suasananya. Dengan warna warni dan dikelilingi belukar dan perkampungan penduduk sekeliling cukup indah apabila diabadikan dalam gambar. 

Kemudahan dalam chalet juga lengkap walaupun tidak mewah. Kawasan parkir yang dekat dengan penginapan memudahkan memindahkan barangan dari kenderaan ke dalam chalet.

Masbro Village Melaka ini lebih kepada gabungan homestay dengan gaya hidup resort.

Kekurangan

Kafe yang ada tidak begitu beroperasi. Jika mahu mendapatkan makanan lain memerlukan penginap keluar dari kawasan village.
 
Kedudukan reception dan staf agak jauh dari kawasan penginapan, risau jika ada sebarang kecemasan yang berlaku, kelambatan pasti ada.

Bagi malamnya, cukup sunyi dan seumpama terbatas aktiviti malam melainkan aktiviti anda sendiri.

Boleh rujuk walktrough ringkas dengan video dibawah;

 

Informasi Pengunjung

Lokasi Resort

Tidak begitu jauh dari exit Alor Gajah. Kedudukannya agak strategik kerana terletak di tengah negeri Melaka. A’famosa dan Pantai Klebang juga mudah untuk dikunjungi dari sini.

Masbro Village Homestay
Lot 291, Batu 7 ½,
Jalan Paya Rumput Perdana,
76450, Malacca

Hat Yai – Map

Click to load interactive map and directions (fast & accessible).

Open Map

Harga Penginapan

RM268/malam

Bilik Tidur & Bilik Air

  • 2 Katil King
  • 2 Bilik Air

Kemudahan Lain

  • Pendingin Hawa
  • Dapur Gas
  • TV
  • Ampaian
  • Private Parkir
parkir masbro village

Kelengkapan Bilik

  • Penyangkut Baju
  • Sabun dan Sampu segera
  • Kopi dan Teh 3 dalam 1
  • Cerek
  • Gelas
  • Meja dan Kerusi
  • Peti Sejuk

Liputan Data Internet/Komunikasi

  • Umobile – 4G
  • Celcom – 4G

Polisi & Peraturan

  • Check In : 3.00 p.m
  • Check Out : 12.00 p.m

Tempah Melalui Online

Boleh buat tempahan awal supaya senang berurusan. Dengan voucher dan diskaun kod promosi untuk tempahan melalui online. Boleh juga survey masa dan tarikh yang sesuai untuk membuat tempahan.

Masbro Village, Melaka, Harga dan Diskaun Terbaik 2026

Masbro Village, Melaka, Harga dan Diskaun Terbaik
The Masbro Village is an ideal spot for travelers wanting to discover the city.

Book Here

Loading

Mizan Yusof

Seorang travel dan foodie blogger separuh masa dari tahun 2015. Berkongsi pengalaman di tempat percutian dan tempat makan yang pernah dilawati segala pandangan adalah pandangan penulis sendiri dari pengalaman tiada sebarang kaitan dengan pihak lain

You may also like...

5 Responses

  1. Ako Retna says:

    Dari sehari ke sehari nak cuba stay situ tp memanjang full…
    tambah x leh rentas negeri dh.. alamat nya berkurun lagi ar nak jejak

  2. ada masa nanti tu boleh merasa ambil gambar ala ala oversea kat sini..amin

  3. Cik Puan Ena says:

    Teringin jugak nk stay. Cantik tmptnya

  4. boleh la masukkan dalam senarai percutian akan datang..cantik bergambar

  5. Kakmim says:

    teringin nk pegi sini tp x sempat lg.. cantikkk sgt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *