Menginap Di Alia Residence Business Resort Pulau Langkawi

alia residence resort

Pulau Langkawi merupakan destinasi yang selalu menjadi pilihan ketikan bercuti untuk percutian domestik Malaysia.  

Banyak tempat penginapan seperti homestay, chalet, resort dan hotel. Oleh kerana itu, sukar untuk pengunjung membuat pilihan.

Kali ini penulis akan mengulas satu resort yang agak diminati di Pulau Langkawi oleh pelancong.

Alia Residence Resort Langkawi

Sebuah resort yang fokusnya kepada pelancong untuk aktiviti sosial dan mungkin urusan bisnes. Salah sebuah resort yang boleh memberikan pengalaman baharu kepada pelancong.

Lokasi dan Kedudukan Resort

Terletak di Jalan Kuala Muda. Jalan menuju ke Gunung Machincang.

Dari segi kedudukan bagi penulis kawasannya cukup strategik. Cukup mudah diakses jika anda datang ke Pulau Langkawi melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK).

Jika anda datang melalui jalan laut, turun feri di Pekan Kuah ia agak jauh.

Kedudukan lokasinya berada diantara lapangan terbang dan Skycab Langkawi (aktiviti popular di Langkawi). Penulis boleh katakan kedudukannya berada di kawasan tempat menarik popular yang biasa pelancong singgah. Dengan Paradise 101 Island Langkawi juga dekat,satu jalan yang sama.

Bilik Standard Dengan Kelengkapan Asas

Dari segi bilik, biasa sahaja seperti kebanyakan bilik resort dan hotel. Dilengkapi dengan katil bersaiz ‘queen’, dan beberapa kelengkapan lain seperti almari, set meja solek, dan meja yang memiliki lampu meja di atasnya.

katil queen

Bilik disejukkan hawanya dengan penghawa dingin bersaiz biasa. Sesuai dengan selimut yang tebal disediakan sepertimana kebiasaan hotel dan penginapan lain.

hiasan bilik

Apa yang menarik adalah akses keluar pada sebelah tepi bilik dengan disempadani dengan pintu ‘sliding door’. Menghubungkan bilik dengan balkoni luar.

balkoni

Pintu ini secara hakikatnya adalah pintu untuk ke kolam mandi awam di pertengahan bangunan resort.

Kolam Mandi Awam Resort

Kemudahan yang sentiasa menjadi pilihan jika berkunjung ke satu satu penginapan adalah kolam mandi.

kolam mandi awam

Kolam mandi disini agak besar dan mampu menampung ramai penghuni dalam satu masa. Kedudukan kolam yang menghadap laut (walaupun tiada kelihatan laut) memenuhi kriteria sebagai percutian di Langkawi.

berjemur di kolam

Boleh berjemur apabila disediakan kerusi jemuran ketika sedang mandi di kolam. Pekena buah buahan di ketika musim panas di tepi kolam, memang terbaik. 

Taman Mini Beriadah

Pihak resort tidak mensia siakan ruangan antara bangunan penginapan dengan pagar belakang yang dibataskan oleh laut.

taman mini Alia Resort

Terdapat beberapa pangkin dan pohon kelapa sebagai lanskap jika ada yang ingin bersantai santai dan beriadah.

Juga boleh dijadikan tempat berehat seketika ketika mandi di dalam kolam. 

Kawasan Parkir Agak Terhad

Agak mendukacitakan sedikit adalah berkenaan parkir yang agak terhad. Jika hari cuti umum atau waktu puncak memang akan berebut untuk mendapatkan parkir. Ada juga masa penulis terpaksa parkir kereta yang disewa di bahu jalan luar.

Setakat penginapan penulis masih tiada sebarang kes atau aktiviti kurang menyenangkan.

Pengalaman Penulis

Kelebihan

Kawasannya cukup strategik, memudahkan penginap untuk ke tempat menarik di Langkawi seperti Panorama Langkawi, Paradise 101 Island atau Pantai Cenang.

Persekitaran yang cukup tenang dan nyaman dengan suasana harmoni dan tiada hiruk pikuk kebisingan.

Kekurangan

Dari segi tempat parkir yang agak terhad. Risau juga apabila terpaksa parkir di bahu jalan di luar resort. Sebarang perkara tak diingini.

Secara keseluruhan penulis berikan : 4.0/5.0

Informasi Pengunjung

Lokasi Penginapan

Terletak diantara Gunung Machincang dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.Dari Jeti Pekan Kuah mengambil masa sekitar 30-35 minit dengan kereta. Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi 5-10 minit dengan kereta.

Boleh rujuk alamat dan Google Maps  dibawah;

Alia Residence Business Resort,
Lot 954, Mukim Padang Matsirat Kampung Padang Masirat, 
Jalan Kuala Muda, 
07100 Langkawi, 
Kedah

Peta Lokasi Alia Residence Business Resort

Kelengkapan Bilik Resort

mandian

  • 1 Katil Bersaiz Queen
  • 1 Televisyen (dilengkapi NJOI)
  • 1 Bilik Air
  • 1 Almari
  • 1 Meja Solek
  • 1 Peti Sejuk Mini
  • 1 Meja Biasa (dilengkapi cerek bersama teh dan kopi)
Peti Sejuk Mini

minuman

Fasiliti/Kemudahan

  • Kolam Mandi
  • Wi-Fi Percuma
  • Meja Balkoni

Harga Bilik Resort

  • Bilik Standard : RM 200

Peraturan/Terma

  • Check In : 2.00 p.m
  • Check Out : 12.00 p.m

Liputan Data Internet/Telefon/Telekomunikasi

  • CelcomDigi: 4G
  • Umobile: 4G
  • Maxis: 4G

Tempahan Melalui Online

Bagi yang ingin membuat tempahan boleh buat tempahan melalui link agoda di
bawah untuk harga promosi dan ‘happy hour reservation’. Terdapat ‘voucher’ dengan diskaun terbaik jika menggunakan pautan ini.

Alia Residence Business Resort, Langkawi, Malaysia

Alia Residence Business Resort, Langkawi, Malaysia
Located in the picturesque town of Kuala Muda, Langkawi, Alia Residence Business Resort offers a tranquil escape.

Book Here

Loading

Mizan Yusof

Seorang travel dan foodie blogger separuh masa dari tahun 2015. Berkongsi pengalaman di tempat percutian dan tempat makan yang pernah dilawati segala pandangan adalah pandangan penulis sendiri dari pengalaman tiada sebarang kaitan dengan pihak lain A part-time travel and foodie blogger since 2015. Sharing experiences from travel destinations and eateries that have been visited. All opinions expressed are solely those of the writer, based on personal experience, and are not associated with any other parties.

You may also like...

4 Responses

  1. Ako Retna says:

    lama nya x pegi langkawi…
    bila bole rentas negeri ni oiii?? 🙂

  2. Suria Amanda says:

    Memmang nak pi Langkawi tapi nak enjoy the scenery bukan nak pi shopping

  3. dah tak lama dah nk boleh tu…
    pm dah bagi hint…jom melancong ramai ramai

  4. Mula mula layan panorama..layan makan makan..eh ade duit lebih..shopping la terus..langkawi barang murah hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *