Homestay Singgahan Rahmat Pantai Morib Banting ‘Friendly’ Penginap

homestay singgahan rahmat pantai morib 1

Pantai Morib adalah antara pantai di Selangor yang cukup popular. Bukan hanya untuk penganjuran aktiviti dan acara tertentu, riadah pantai adalah faktor utama kehadiran pengunjung di Pantai Morib, Banting.

Dengan pasang surut air lautnya, pokok pokok rhu yang meneduhi sepanjang pantai dengan hembusan angin yang menyamankan Pantai Morib adalah pilihan terbaik penduduk tempatan melakukan aktiviti riadah.

Kawasan Morib sebenarnya cukup strategik dan banyak tempat yang boleh dilawati. Di utara terdapat Bukit Jugra dan bahagian selatannya banyak tempat makan dan pantai yang boleh disinggahi.

Jadi, tidak hairanlah jika kawasan Morib Banting ini banyak inap desa atau homestay yang ada.

Homestay Singgahan Rahmat Pantai Morib

singgahan rahmat homestay

Salah satu yang pernah penulis inap adalah Homestay Singgahan Rahmat.

Homestay ini terletak di dalam kawasan perkampungan yang tidak jauh dari Pantai Morib.
Terletak di dalam Kampung Endah, Morib. Cukup mudah untuk ditemui kerana hanya beberapa ratus meter dari jalan Utama.

Selepas memasuki simpang ke Kampung Endah, anda akan disapa oleh satu pintu gerbang yang menandakan anda dalam kawasan Kampung Endah.

Homestay Jenis Banglo Dua Tingkat

Homestay ini adalah sebuah rumah dua tingkat dengan rekabentuk luaran dalaman moden.
Rekabentuk moden dengan kehidupan kampung, cukup sesuai untuk dijadikan sebuah singgahan homestay.

banglo dua tingkat

Laman yang luas mampu memuatkan tiga buah kereta sedan. Dengan latar tanahnya dihampari dengan rumput karpet lembut menampakan bahawa ia sebuah homestay terjaga.

laman depan

Dari luar banglo ini memang cantik rekabentuknya. Sekali pandang terdapat unsur kemelayuan, rekaan tempatan (kampung) serta sedikit adaptasi dari binaan luar negara.

Hiasan Lanskap Luar Homestay

Hiasan lanskap luaran sudah menyenangkan mata memandang. Dengan pohon nyiur pandan sebagai teduhan dengan hiasan pokok-pokok bunga kecil menggelilingi papan tanda homestay ini.

lanskap depan

Pemilik homestay memang mengambil tema alam semulajadi sebagai hiasan luaran. Walaupun inap desa sekarang gagal menerapkan dekorasi luaran akan tetapi pemilik inap desa ini memiliki satu inisiatif untuk menwujudkan suatu persepsi asal sebuah inap desa walaupun dekorasi lanskap.

Keadaan Dalaman Homestay

Bahagian dalamannya pula lebih menarik. Mula-mula sekali penginap akan memasuki ruang tamu yang dilengkapi dengan sofa dan televisyen.

ruang tamu

Cukup bersih apa yang diberikan oleh pemilik, pastinya memeberikan impresi awal yang terbaik kepada penginap. Disamping Apa yang boleh dilihat rekaan dalaman memiliki idea sebuah rumah banglo moden. Namun, masih kelihatan perabutan yang mengikut ciri season sebuah rumah yang inap desa perlu ada.

ruang makan

Bilik yang Disediakan Dalam Homestay

Homestay ini memiliki tiga buah bilik. Masing-masing dilengkapi dengan satu katil bersaiz ‘queen’. Ada juga bilik yang memiliki katil tambahan. Dianggarkan satu bilik kapasiti maksima adalah sekitar empat orang.

bilik 1

bilik 2

bilik 3

Bilik dipasangkan dengan dua elemen penyejukan iaitu kipas siling dan pendingin hawa (aircond). Dua bilik hadapan berkongsi satu bilik air.

Bilik belakang lebih susunaturnya lain sedikit kerana bilik belakang dilengkapi sekali dengan dapur dan bilik air.

Kemudahan Kolam Renang

Kawasan paling digemari oleh penginap di homestay ini ialah kolam renang. Kolam renang yang bersaiz sederhana ini juga cantik hiasannya. 

kolam renang close up

Dengan kolam tipikal warna biru dengan dinding penghadang bewarna koko kayu sekitarnya dialasi dengan rumput tiruan dengan pohon melur yang memberikan permandangan dan haruman seumpama taman.

kolam renang depan

Satu lagi kelainan berbanding inap desa lain adalah kolam mandi yang dibina dibahagian dalam rumah, maka boleh sahaja diakses bila bila masa, seumpama konsep chalet dan resort dengan Harga mahal memiliki ‘jakuzi’ namun dalam saiz yang besar.

Tempat untuk Barbeku

Ada kolam renang jika tiada ‘bakar-bakar’ atau barbecue memang agak janggal percutian tersebut.

pit barbeku

Tempat bbq juga disediakan. Cukup luas tempat panggangannya. Pengunjung perlu mendapatkan sendiri makanan yang ingin diperap dan dibakar serta jangan lupa bawa arang dan pemetik api sekali. 

Apa yang menarik perhatian penulis adalah layanan pemilik homestay. Memang terbaik.

bbq di homestay

Sepanjang berada di homestay ini, kami dilayan dengan baik, sehinggakan ketika sedang asyik berbeku, pemilik homestay sempat menghulurkan satu pengibas untuk digunakan.

Layanan Pemilik Homestay

Apabila bertemu tidak pernah tidak senyum kepada penginap. Hal ini membuatkan hati penginap akan lebih tenang dan menikmati percutian di homestay ini dengan rasa lebih yakin.
Malahan pada paginya pemilik ada memberikan sarapan pagi seperti nasi lemak, nasi kerabu dan bihun.

Terasa seolah olah kami datang berkunjung ke rumah saudara sendiri. Pemilik memang nampak seperti seorang yang suka berkebun. Di hadapan terdapat pohon serai, pokok ciku dan belakangnya terdapat pokok jambu batu yang lebat berbuah.
 

Jika ada penginap yang inginkannya boleh sahaja ambil, sebagaimana penulis diberi kebenaran untuk mengambil beberapa batang serai ketika sedang barbeku.

Pengalaman Penulis

Kelebihan

Mana lagi mahu temui sebuah homestay yang memiliki kolam ‘indoor yang cukup terbaik untuk famili dan rakan.

Layanan terbaik oleh pemilik seumpama ‘kenangan’ dan ‘trademark’ disini. Bila mengingatkan homestay singgah rahmat, pengunjung akan terus mengingati perkataan ‘friendly’.

Nak serai boleh ambil, nak buah jambu ambillah.

Kekurangan

Malangnya sekitar sini liputan telekomunikasi agak terhad. Kebanyakan liputan gagal melepasi 3G disini.

Secara keseluruhan penulis berikan rating : 4.0/5.0

Informasi Pengunjung

Lokasi Homestay

Dari pekan Banting mengambil masa sekitar 15-20 minit untuk sampai. Mengambil masa sekitar 5 minit sahaja ke Pantai Morib.  

Boleh rujuk Google Maps di bawah;

Homestay Singgahan Rahmat
PT 719, Jalan Perdana 2 lndah Perdana,
Kampung Endah,
42700 Banting,
Selangor

Harga Penginapan

  • RM650/malam (3 Bilik)
  • RM550/malam (2 bilik) – kemungkinan bilik belakang akan dikunci

Deposit : RM200

Bilik Tidur dan Bilik Mandi

  • 3 Bilik Tidur
  • 5 Katil (termasuk katil ‘spare’ diluar)
  • 2 Bilik Air

Kemudahan Lain

  • Sofa
  • Meja Makan
  • 1 Televisen (dengan NJOI)
  • 2 Dapur Memasak
  • 1 Pit Barbeku
  • 1 Kolam Renang
  • 2 Peti Sejuk
  • Dapur Memasak

Kelengkapan

  • Peralatan Menggosok
  • Sabun dan Peralatan Mandi
  • Tong Sampah
  • Tuala
  • 2 Rak Bacaan (dengan buku)
  • Sejadah
buku

Terma dan Peraturan

  • Check in : 3.00 p.m
  • Check Out : 12.00 p.m

Penalti satu malam (harga satu malam) jika gagal daftar masuk atau cancel kurang dari 7 hari.  Pembatalan percuma jika ‘cancel’ sebelum 7 hari dari tarikh check in.

Liputan Data Internet/Telefon/Telekomunikasi

  • Umobile – 4G (dengan 3 bar)
  • Maxis – 3G
  • CelcomDigi – 3G

Tempahan Penginapan

Bagi yang ingin membuat tempahan boleh buat tempahan melalui link agoda di bawah untuk harga promosi dan ‘happy hour reservation’.Mungkin harga disini berlainan dan lebih murah kerana terdapat kod ‘voucher’ dan promosi dari agoda.

Homestay Singgahan Rahmat Morib Banting

Homestay Singgahan Rahmat Morib Banting
Singgahan Rahmat Homestay Morib.Homestay 3 bilik, kolam peribadi dan set bbq dengan suasana kampung.

View Deals

Loading

Mizan Yusof

Seorang travel dan foodie blogger separuh masa dari tahun 2015. Berkongsi pengalaman di tempat percutian dan tempat makan yang pernah dilawati segala pandangan adalah pandangan penulis sendiri dari pengalaman tiada sebarang kaitan dengan pihak lain

You may also like...

4 Responses

  1. Ako Retna says:

    menarik ada kolam renang….

  2. dear anies says:

    wahhh ada kolam tuuu syok arrr

  3. kolam indoor pulak lagi la best..privacy hehe

  4. tu la…lepas bbq atau makan makan terjun kolam..fuhhh…hilang segala stress

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *