Senarai Pantai yang Popular Sekitar Selangor dan Lembah Klang

pantai peranginan di selangor

Tinggal di Lembah Klang dan Selangor seringkali diselorohkan dengan pertanyaan ‘mana pantai?

‘Biasanya akan dijawab Pantai Dalam di Kerinchi.

Namun, tahukah anda, orang Kuala Lumpur, Selangor atau Lembah Klang boleh sahaja ke pantai. Di Selangor terdapat pantai yang terbentuk di pesisir Selat Melaka.

Senarai Pantai Popular Sekitar Selangor dan Lembah Klang

Mungkin ada yang tahu dan ada yang tidak tahu, bagi yang belum tahu dan ingin ke pantai sekitar negeri Selangor,. Penulis senaraikan pantai-pantai yang pernah penulis kunjungi di Selangor.

Pantai Jeram, Kuala Selangor

Terletak di dalam kawasan Kuala Selangor. Nun jauh di utara Selangor terletaknya pantai ini.Pantai dengan muka bumi yang landai dan berpasir sesuai untuk aktiviti perkelahan.

Kuala Selangor banyak hasil lautnya. Pantai Jeram tidak popular untuk mandi manda namun bagi penggemar makanan laut, inilah kawasannya.
 
Banyak kedai makan ikan bakar dan hasil laut disini, sambil diiringi alunan ombak yang mendayu dan dijamah dengan suasana matahari terbenam, makanan laut disini lebih sedap.

Lautnya tidak begitu deras melainkan musim air pasang. Terdapat pasir dan kerang kerangan cukup mendamaikan.

Peta Lokasi Pantai Jeram, Kuala Selangor

Sky Mirror & Sekinchan Paddy Field Day Tour

Kuala Lumpur Sky Mirror & Sekinchan Paddy Field Full-Day Tour
See the sky meet the earth at Sasaran Beach in the small town of Kuala Selangor, where low tides.

View Deals

Pantai Remis, Kuala Selangor

Masih di sekitar Kuala Selangor, tetapi lokasinya ke bahagian selatan sedikit.
Tidak jauh dari pantai jeram, hanya beberapa kilometer sahaja.

Bagi penulis, pantai remis lebih meriah berbanding pantai jeram. Banyak tempat penginapan seperti homestay, chalet dan resort disini.

Tidak kurang juga kedai makan yang masih lagi menyediakan hidangan makanan laut di sekitar. Ada satu kedai asam pedas ikan sembilang claypot yang pernah penulis cuba, sedap.

Keadaan pantainya tidak begitu landai seperti pantai jeram, batu batu diletakan bagi elak air pasang besar.Pantai Remis ini lebih kepada ‘port’ memancing untuk kaki pancing pesisir pantai

Peta Lokasi Pantai Remis, Kuala Selangor

Eagle Feeding, Fireflies & Blue Tears Watching Experience in Kuala Selangor with Seafood Hotpot

Eagle Feeding, Fireflies & Blue Tears Watching Experience in Kuala Selangor
Watch thousands of fireflies glowing in the dark in a rich mangrove ecosystem along the river.

View Deals

Pantai Aceh, Klang

Sunyi itu adalah ekspresi pertama yang mengingatkan penulis kepada pantai ini. Masih menghadap Selat Melaka dan lokasinya bawah kepada Pelabuhan Klang yang sibuk dengan kapal.

Namun, suasananya menarik, terletak di Pulau Indah yang popular dengan ‘port memancing’. Mungkin ramai yang tidak tahu akan kawasan ini.

Bagi penulis ia terbaik untuk famili, abah-abah boleh memancing, ibu dan anak boleh santai berkelah.

Jalan untuk ke Pantai Aceh masih daif dan mungkin ini menyebabkan ia suram. Terdapat satu resort untuk pemancing disini juga.

Peta Lokasi Pantai Aceh, Klang

Pantai Tanjung Piai, Klang

Sebenarnya pantai ini tidaklah jauh dengan Pantai Aceh, merangkak pun boleh sampai.
Bersebelahan sahaja. Jika Pantai Aceh ‘port’nya agak tersudut dan tidak luas. Pantai Tanjung Piai cukup luas dan panjang. Sesuailah mahu hampar tikar untuk berkelah.

Peta Lokasi Pantai Tanjung Piai, Klang

Pantai Kelanang, Banting

pantai kelanang surut

Kebanyakan penduduk tempatan mengenali Kelanang sebagai jeti nelayan. Namun, ada terdapat satu tarikan disini iaitu Pantai Kelanang. 

Dengan latar belakang lautnya kapal-kapal dagang dan pohon bakau yang tenggelam ketika air pasang.

Ketika air surut pula, pengunjung boleh meneroka ke kawasan rimbunan bakau ini dan mungkin boleh menuju ke arah laut.

pantai kelanang signboard

Aktiviti yang biasa dilakukan selain mandi (mandi selut) adalah mencari pepahat, yang guna lidi dan kapur tu.

Memang sesuai untuk aktiviti barbeku, berkelah, mandi manda di pantainya kerana ia tiada sebarang tembok atau batuan.

pasir pantai kelanang

Pohon tepian pantai juga redup. Dengan adanya kedai kedai makan dan gerai jualan. Apalagi terdapat taman permainan untuk kanak-kanak.

Paling penting, pihak pengawal pantai ada ditempatkan disini.

Peta Lokasi Pantai Kelanang, Banting

Pantai Morib, Banting

Pantai Morib mungkin tidak perlu penulis jelaskan panjang lebar. Kebanyakan sudah kenal.
Tidak kira anda seorang yang gemarkan riadah laut apalagi seorang pencinta automotif dan aktiviti berupa pesta.

Sering menjadi ‘venue’ acara, Pantai Morib cukup dikenali.

Namun, Pantai Morib agak terhad untuk aktiviti airnya. Dengan benteng penahan air pasang yang agak tinggi.

Pantai New Morib

Pengunjung boleh menunggu ketika air surut untuk menyentuh pasirnya.

Namun, ada juga yang berkhemah disini. Selain aktiviti laut lain seperti memancing dan mencari pepahat.
 
Bagi aktiviti air dalam versi riadah, mungkin agak terhad. Namun, angin bayu dari laut dengan bau masin airnya masih ada.

Cup! Penulis belum habis lagi, sebenarnya ada satu kawasan ‘New Morib Beach’ bersebelahan yang memiliki pasir dan air laut bertemu untuk dinikmati para pengunjung.

Seumpama dibahagikan kepada dua bahagian, Pantai Morib Lama dan Pantai Morib Baharu.

Peta Lokasi Pantai Morib, Banting

Baca Juga: Homestay Singgahan Rahmat Pantai Morib Banting ‘Friendly’ Penginap

Pantai Batu Laut

Sebelum terlajak ke Pantai Cunang menuju ke Bagan Lalang selepas Pantai Morib, jangan terlepas pandang dengan satu pantai yang baharu sahaja menjadi pilihan pengunjung.

Keris dan Buaian Pantai Batu Laut

Iaitu Pantai Batu Laut.

Sebuah pantai yang percuma sahaja tanpa bayaran diperlukan untuk berkelah dan menimati laut. Lengkap dengan teduhan yang panjang sesuai untuk berada disini seharian.

Tandas dan kedai runcit juga disediakan untuk pengunjung, apalagi kedai makan yang banyak disekitarnya. Bagi informasi lanjut boleh rujuk pautan di bawah;

Peta Lokasi Pantai Batu Laut

Baca Juga: Berkhemah Day Trip Di Pantai Batu Laut Sepang Selangor

Pantai Cunang, Tanjung Sepat

Tidak begitu popular dan memang terjaga, itulah Pantai Cunang. Penulis pun terserempak dengan pantai ini ketika menuju ke arah Bagan Lalang.

pantai cunang view

Pernah diberikan gelaran pemenang pantai angkat Selangor 2015 ini, memang cantik.

Dengan insfrastruktur buatan manusia yang bertemakan alam semulajadi. Pasir pantai yang memutih, ditambah kebiruan laut dan langit.

Inilah pantai terbaik setakat ini sekitar Selangor dan Lembah Klang.

Memang dijaga rapi dengan pohon rhu yang ditanam di pesisir pantai dan pohon bakau di dalam air.

signboard pantai cunang

Jika anda meminati fotografi, rugi jika tidak jadikan suasana disini sebagai panorama anda.

Apa yang terjaga rapi semestinya ada bayaran, bayaran masuk, bayaran aktiviti dan bayaran barbeku diperlukan.

Namun, berbaloi.

Peta Lokasi Pantai Cunang, Tanjung Sepat

Pantai Bagan Lalang, Sepang

Sama popular dengan Pantai Morib walaupun terletak nun jauh di selatan Selangor.
Pantai Bagan Lalang memang gah namanya terkenal dengan aktiviti melibatkan pantai.

pantai bagan lalang gold coast

Kedai makan berderet, apalagi kedai kedai cenderamata. Terbinanya pula Avani Sepang Gold Coast maka lagilah naik ‘rating’ Pantai Bagan Lalang.

Banyak tempat penginapan dari bajet marhaen sehinggalah bangsawan.

Pantainya cukup panjang dan luas, memang puas jika berada di sini. Boleh dikatakan dalam Selangor, Pantai Bagan Lalang adalah tumpuan untuk menikmati laut.

Penulis pernah berkhemah satu malam di sini, suasananya masih hidup mestipun waktu aktif manusia sudah tamat.

Banyak homestay, resort dan chalet sekitar Pantai Bagan Lalang. Tidak lupa juga ‘port mancing’ untuk kaki pancing disekitar pantai ini.

Peta Lokasi Pantai Bagan Lalang, Sepang

Kawasan Pantai Terdekat Lembah Klang

Boleh dikatakan banyak juga pantai di Selangor dan boleh juga untuk mereka yang tinggal di Lembah Klang.

Kadang-kadang perlu juga tenangkan fikiran dan lapangkan minda melihat laut.

Datang ke pantai dapatkan barangan dan ‘equipment’ dari HyperGear Malaysia atau PTT Outdoor, mudah untuk melakukan aktiviti di pantai dan laut.

Hypergear Beg Kalis Air 20L

Hypergear Beg Kalis Air 20L
Hypergear Waterproof Dry Bag (20L) – Outdoor sports, Multi-purpose, Heavy Duty.

Buy Here

Bagi yang ingin menginap sekitar pantai-pantai ini, boleh lakukannya dengan membuat carian melalui pautan carian penginapan sekitar pantai di Selangor di bawah;

Mungkin ada lagi kawasan pantai dan menarik di Selangor yang penulis belum kunjungi, bolehlah berikan cadangan pada ruangan komen.

Artikel Berkaitan:

Loading

Mizan Yusof

Seorang travel dan foodie blogger separuh masa dari tahun 2015. Berkongsi pengalaman di tempat percutian dan tempat makan yang pernah dilawati segala pandangan adalah pandangan penulis sendiri dari pengalaman tiada sebarang kaitan dengan pihak lain A part-time travel and foodie blogger since 2015. Sharing experiences from travel destinations and eateries that have been visited. All opinions expressed are solely those of the writer, based on personal experience, and are not associated with any other parties.

You may also like...

4 Responses

  1. dear anies says:

    mmg teringin nak g pantai2 sekitar selangor ni… tp tu laa cuaca skrg panas sgt… biarlah reda semuanya dulu… kan… br syok nk jln2 😉 thanks 4 sharing

  2. mrhanafi says:

    kalau sudah banyak duit saya memang nak round satu semenanjung

  3. tengah tengah tahun mungkin cuaca dah mula stabil sebelum kembali…berkelah dan lari lari tepian pantai

  4. InshaAllah..nanti ade bajet lebih dan masa lebih..tenangkan minda hirup udara segar tepi laut..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *