Dua Hari Satu Malam Menginap Di Ombak Kapas Island Resort Pulau Kapas

Review 20Ombak 20Kapas 20Resort 20Pulau 20Kapas 20Terengganu 1

Terengganu memang terkenal dengan pulau yang cantik dan mudah untuk dikunjungi. Kali pertama penulis menikmati keindahan dan bayu Laut China Selatan di Terengganu adalah Pulau Kapas.

Pulau Kapas adalah pulau yang agak dekat dengan tanah besar semenanjung Malaysia. Hanya sekitar 40 minit sahaja dengan menaiki bot atau feri. Amat sesuai untuk mereka yang kali pertama ingin merasai pengalaman pulau di Terengganu.

Keluasan Pulau Kapas yang agak kecil memudahkan penulis dalam mencari chalet atau resort untuk penginapan. Tidak begitu rambang mata dalam membuat ‘survey’ harga dan penilaian pengalaman orang lain.

Baca Juga : Bayaran dan Fi Masuk ke Pulau Kapas

Dua Hari dan Satu Malam Di Ombak Kapas Resort

Ombak Kapas Resort menjadi pilihan penulis kali ini untuk menginap selama dua hari dan satu malam. Penulis memilih Ombak Kapas memandangkan ia lengkap dengan pakej bot dari Jeti Marang terus ke Ombak Kapas Resort.

View 20Laut 20Dari 20Ombak 20Kapas 20Gerbang 1

Lokasi Ombak Kapas adalah menghadap semenanjung Malaysia. Maknya terlindung dari redahan ombak dan angin dari Laut China Selatan. Cukup mudah untuk sampai tidak memerlukan bot mengelilingi pulau.

Chalet Dengan Binaan Kayu

Di Ombak Kapas Resort penulis diberikan sebuat chalet dengan asas binaan kayu yang telah dicat dengan warna koko gelap seperti kayu balak di dalam hutan. Berbentuk segi empat dengan kehadiran satu pintu utama dan satu tingkap.

Chalet 20Ombak 20Kapas 20Resort 1

Rekabentuk sebegini lebih kepada sebuah rumah kos rendah yang cukup asas dengan paip air diluar dan terdapat satu tempat menanam tanaman seperti ‘plant bed’ disediakan. 

Memandangkan penulis hanya menginap untuk satu malam, penulis beranggapan untuk menanam taugeh pun tidak cukup masanya untuk bercambah. Jadi, plant bed itu tidak efisien.

Deretan 20Chalet 20Ombak 20Kapas 1

Memandangkan 90% adalah berasaskan kayu, terdapat beberapa serpihan kayu pecah pada dinding dan keriuk keriuk gegar seperti Pak Samad berlari di rumah lantai kayu itu ada.

Ruangan 20Antara 20Chalet 1

Dilengkapi Pendingin Hawa

Nampak sahaja binaannya seumpama sebuah rumah kos rendah, namun dalamnya diletakkan pendingin hawa dengan kapasiti 1.0 kuasa kuda. 

Pendingin 20Hawa 20Dalam 20Chalet 1

Kehadiran dua botol air mineral menambahkan lagi rasa kondonya memandangkan air mineral di pulau dengan harga air mineral di tanah besar cukup berbeza.

Ruang 20Laluan 20Dalam 20Chalet 1

Perihal Katil Ombak Kapas Resort

Katil Queen yang cukup marhaen dan kesederhaan disediakan di bahagian kanan pintu masuk. Dengan warna putihnya melambangkan kesucian hati dan nurani pemilik dalam menyambut kedatangan penginap. 

Katil 20Dalam 20Chalet 1

Walaupun tidak begitu besar untuk bermain ‘roll over song’ sebagaimana lagu dalam video kanak-kanak moden seperti Bebefinn dan Hogi, ia masih boleh memuatkan dua pasangan dan seorang anak kecil berumur setahun di atasnya.

Nampak ringkas, namun cukup lembut dan berdenyut apabila penulis berjaya menerbangkan dan menjatuhkan badan ke atas katil tersebut.

Saiz 20Katil 20Dalam 20Chalet 1

Nampak agak kusam, bukan ? Tiada hal selagi tidak menjadi habitat pepijat dan segala makhluk halus yang mengigit ketika tidur. Apalagi tiada kesan tompokan peta dunia atau Asgardian sebagaimana iklan cecair pencuci di kaca televisyen.

Tuala Mandi Disediakan

Usah khuatir atau risau akan tuala, bergulung-gulung seperti kuih ketayap disediakan dua helai tuala mandi untuk penginap. yang menyamai ketebalan alas kaki berbulu disediakan. 

Penulis sarankan bawa tuala lebihan sendiri untuk lebih keselesaan atau jadikan tuala yang diberikan untuk kegunaan lain-lain.

Perihal Bilik Air dan Tandas Chalet

Bahagian bilik airnya pula memang cukup-cukup makan. Oleh kerana ia sekadar untuk membilas lebihan air laut dan kesan dari pasir pantai, cukupkan disediakan satu pancuran mandi yang agak laju airnya dan satu paip rendah dengan kabel disediakan.

Bilik 20Air 20Dalam 20Chalet 1

Mungkin nampak agak tidak semewah tandas pempengaruh di rumah mereka namun untuk harga dan kegunaan biasa-biasa apalagi dengan penginap yang tidak begitu cerewet seperti penulis dan keluarga ia masih baik. 

Sinki 1

Janji airnya keluar dan tandas boleh digunakan. Sudah cukup.

Kelengkapan Lain Chalet

Kelengkapan asas lain seperti almari dua pintu tanpa pintu dan satu cermin serta satu meja kecil disediakan untuk simpanan dan penyediaan pakaian yang dibawa. 

Sejadah juga disediakan dan itulah yang utama walaupun berada di ceruk atau pulau mana ingatkan Allah itu yang utama. Sejadah bukan sahaja disediakan, rajinkanlah dongak ke atas siling inshaAllah akan kelihatan anak panah arah kiblat.

‘Port’ BBQ dan Aktiviti Berkumpulan

Bagi yang datang dalam populasi yang ramai boleh sahaja melakukan aktiviti dalam kumpulan yang ramai. Telah disediakan satu ruangan di bahagian tengah kawasan resort satu kawasan luas untuk aktiviti ala-ala parti.

Ruang 20Makan 20Beramai 20Ramai 1

Dengan ‘pit barbecue’ dan bangsal serta bilik air beserta tandas, akan menjayakan lagi aktiviti sosial yang tidak melanggar hukum syariat dari Allah disini.

Bilik 20AIr 20dan 20Tandas 20Luar 20Resort 1

Pengalaman Penulis

Chaletnya cukup ringkas. Bagi penulis ia sudah memadai dengan harga memandangkan penulis hanya inginkan sebuah tempat untuk simpanan pakaian dan barangan apalagi tempat untuk berteduh dan tidur.

Ombak 20Kapas 20Resort 20View 20Tengah 1

Kadang kadang terasa terkongkong sedikit apabila berada di dalamnya, tapi bagi penulis tiada hal kerana kebanyakan masa apabila berada di Pulau Kapas penulis akan berada di luar (outdoor) menikmati keindahan Pulau Kapas dan aktiviti luar yang boleh dilakukan.

Namun, remote pendingin hawa gagal ditemui dibilik, kegagalan tersebut telah menyebabkan suasana kesejukan yang agak ‘Society of The Snow’ dalam Netflix. Penulis cuba untuk mendapatkan remote namun tiada personel yang ada di bahagian kaunter hadapan.

Ketidakhadiran cerek di dalam bilik agak menyukarkan. Alternatifnya pihak chalet menyediakan satu tong air panas untuk bancuhan susu anak atau kudapan mi segera di malam hari. 

Sebagai seorang ‘backpacker’ B40, cafe yang disediakan tidak menepati kriteria kandungan populasi wang dalam poket penulis memandangkan nasi goreng kampung gaya perencah pasaraya berharga RM15 sepinggan. 

Kedai 20Sebaneka 20Restoran 20Pada 20Waktu 20Malam 1

Namun, penulis faham ini adalah pulau, jadi penulis alternatifkan dengan mi segera, akan tetapi..mahu rebus air, cerek tiada.

Lain-lain adalah okay. Airnya laju, mantap untuk membilas.

Tanda 20Hadir 1

Informasi Pengunjung

Lokasi Homestay

Berkunjunglah ke Jeti Marang, dapatkan pakej dari kiosk yang ada mengenai Ombak Kapas Island Resort. Dapatkan lokasi dengan Google Maps atau Waze untuk ke Jeti Marang. 

Waze untuk ke Pulau Kapas, biarlah pemandu bot yang fikirkan.

Ombak Kapas Island Resort,
Pulau Kapas, 
21600 Marang, 
Terengganu.

Harga Penginapan

  • RM250/malam

Bilik Tidur

  • Katil Bersaiz Queen dengan selimut

Bilik Air

  • Pancuran mandi
  • Sinki
  • Tandas duduk

Kemudahan Lain

  • Almari
  • Meja
  • Cermin

Kelengkapan

  • Sejadah
  • Dua botol air mineral

Liputan Data Internet/Telefon/Telekomunikasi

  • Umobile – 4G
  • CelcomDigi – 4G

Polisi/Peraturan

  • Check In : 3.00 p.m 
  • Check Out : 12.00 p.m

 Hubungi

  • 09-618 4500

 Tempahan Secara Online

Ombak Kapas Island Beach Resort

Ombak Kapas Island Beach Resort
Comfortable Accommodations: Rooms feature air-conditioning, balconies, private bathrooms with bidets, showers, and wardrobes.

Book Here

Loading

Mizan Yusof

Seorang travel dan foodie blogger separuh masa dari tahun 2015. Berkongsi pengalaman di tempat percutian dan tempat makan yang pernah dilawati segala pandangan adalah pandangan penulis sendiri dari pengalaman tiada sebarang kaitan dengan pihak lain A part-time travel and foodie blogger since 2015. Sharing experiences from travel destinations and eateries that have been visited. All opinions expressed are solely those of the writer, based on personal experience, and are not associated with any other parties.

You may also like...

10 Responses

  1. dear anies says:

    agak2 kalau ke pulau kapas lagi nak menginap tak kat sini lagi? 😉

  2. mungkin akan cuba resort lain pula…sebagai pengalaman seterusnya hehe..

  3. Kakmim says:

    pengalaman team building di pulau redang… seronok part aktiviti tp part mkn mmg lemah… dah la penat mknn pula bercatu… nk buat mee segera mcm tu lah xde fasiliti

  4. anakdenesor says:

    mujur ade aircond klo tak siang panas membahang

  5. biasanya kalau nak bermalam di pulau sebaiknya sediakan sendiri makanan sampingan..air mineral atau jajan…kat pulau tambahan pula dengan hampirnya off season lagi agak limited sumber

  6. kadang kadang kena ada sedikit jokes supaya yang mampir tidak rasa hambar hehe

    ya betul..tambahan juga cuaca di pulau agak sukar di ramal…kalau ada aircond maka mudah untuk kita kawal sedikit suhu dan hawanya

    kerana agak limited barangan di pulau makanya makanan murah di tanah besar agak mahal di pulau huhu

  7. tempat agak sempit mudah panas di siang hari…sebab tu kat pulau saya gunakan untuk bermalam sahaja…siang lepak lepak pekena anin laut fuhhhhh

  8. Agak menarik juga keadaan dlm dan persekitaran chalet.. RM250 agak mahal tapi mungkin sesuai utk lokasi di pulau.. keriuk keriuk tu pejam mata jer lah hahaha.. Once dlm pulau lebih byk nak teroka dari berada dlm chalet..nice blm pernah lagi ke P.Kapas..

  9. Memang ada beza percutian di pulau dan di daratan besar. bolehlah cuba ke Pulau Kapas sebagai lesen P untuk jelajah semua pulau di Malaysia hehe..

  10. Masih belum banyak pulau yg diterokai.. Insyallah perlahan-lahan kita jelajah pulau lak lepas ni 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *