Homestay Abah D Yan: Penginapan Tepi Laut & Latar Gunung Jerai di Yan, Kedah

Isi Kandungan
- Pengenalan Homestay
- Lokasi & Aksesibiliti
- Fasiliti Homestay
- Pengalaman Menginap
- Aktiviti & Tarikan Sekitar
- Ulasan & Testimoni Pengunjung
- Tips Menginap
- Maklumat Tempahan
Pengenalan Homestay
Homestay Abah D Yan merupakan destinasi penginapan yang sempurna untuk mereka yang ingin merasai suasana kampung yang tenang dan selesa di Yan, Kedah. Terletak di Kampung Pantai Murni, homestay ini menawarkan pengalaman seperti di rumah sendiri. Dengan suasana yang damai dan tuan rumah yang mesra, ia sesuai untuk keluarga, pasangan, dan pelancong solo.

Homestay ini bukan sahaja menyediakan tempat tidur, malah pengalaman percutian yang santai, menjadikannya pilihan bijak untuk pelancong yang ingin menjauhi kesibukan bandar. Kombinasi keselesaan, kebersihan, dan keramahan membuat pengunjung berasa seperti di rumah sendiri.
Pada asalnya, ia merupakan kediaman penduduk tempatan sebagai tempat tinggal, namun dijadikan sebuah inap desa atau homestay. Terbaiknya ia dibina dengan cukup ‘sempurna’ untuk kediaman dengan ciri-ciri kegemaran penduduk tempatan, dengan kata lain homestay ini cukup sesuai untuk yang inginkan suasana dan persekitaran ‘original’ sebagai penduduk tempatan.

Jika diperhatikan semula pembahagian atau ‘parition’ dari segi layout rumah ini, pada pandangan penulis ia terdiri dari dua buah rumah kecil dalam satu rumah besar. Jika ada yang bergaduh manja boleh pilih untuk ke rumah yang mana dengan halangan sekeping ‘plywood’ sahaja.
Jika difikiran semula, memang ia dua rumah dalam satu rumah. Aik, hmmm….
Cukup besar, jika anda pemilik rumah ini anda mungkin berjawatan JKKKKK Kampung.
Lokasi & Aksesibiliti
Homestay Abah D Yan terletak di lokasi strategik, mudah diakses dari bandar utama Kedah. Ia berdekatan dengan pelbagai tarikan semula jadi seperti:
- Pantai Murni: Sesuai untuk berjalan santai, fotografi, dan aktiviti keluarga.
- Ladang Buah-buahan Yan: Menikmati buah-buahan tempatan yang segar.
- Air Terjun Sekitar Yan: Destinasi semula jadi untuk aktiviti santai atau berkelah.
Homestay ini memang terletak betul-betul dengan Pantai Murni, Yan. Hanya memerlukan beberapa keringat sahaja untuk sampai ke Pantai Yan Waterfornt.
Dengan panorama berlatarbelakangkan Gunung Jerai di bahagian ‘background’nya, cukup lengkap apa yang diperlukan untuk tipikal sebuah kampung di Malaysia. Depan Laut Selat Melaka, latar belakang pula Gunung Jerai yang penuh lagenda.
Kedah negeri jelapang padi, tidak lengkap tanpa sawah-sawah padi jika gelaran ini diberikan. Banyak sahaja Kawasan penanaman padi di sekitar homestay ini.
Bagi pengunjung yang menggunakan kereta, perjalanan ke homestay ini mudah dengan lokasi yang jelas pada GPS. Terdapat juga laluan pengangkutan awam terhad, namun disyorkan untuk menggunakan kenderaan peribadi bagi pengalaman yang lebih fleksibel.
Akses lebuhraya terdekat adalah Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), exit sahaja Tol Gurun ambil masa sekitar 40 minit untuk sampai ke homestay melalui pemanduan berhemah.
Fasiliti Homestay
Homestay Abah D Yan menawarkan pelbagai kemudahan yang memastikan penginapan anda selesa dan menyeronokkan. Antara fasiliti utama termasuk:
- Bilik Tidur Selesa: Katil empuk dan bilik bersih untuk tidur yang nyenyak serta selesa dengan pendingin hawa.
- Dapur & Ruang Makan: Sesuai untuk mereka yang ingin memasak sendiri atau menjimatkan perbelanjaan.
- Ruang Santai: Terdapat televisyen dilengkapi smart TV untuk akses Youtube dan streaming.
- Tempat Letak Kereta: Selamat dan mudah diakses. Cukup Luas, juga disediakan bumbung.
Ruang Santai

Seperti mana sebuah rumah penduduk tempatan lain, mula memasuki pintu Utama, akan kelihatan satu ruang tamu yang lengkap dengan perabut marhaen dan sebuah televisyen. Ruang tamu yang juga dilengkapi dengan pendingin hawa walaupun masih terdapat beberapa tingkap yang dilitupi dengan bidai.

Ruang santai kedua berjaya penulis temui di bahagian kedua ruangan rumah di sekitar meja makan yang dicerahkan dengan satu pintu Utama lain yang dibina dengan sliding door. Santai di sini mungkin untuk gosip-gosip atau menunggu makanan sampai ke usus kecil sambal mencungkil gigi.
Bilik Tidur
Memandangkan ia seumpama dua buah rumah, maka penulis akan membahagikan kedudukan bilik yang ada. Dua buah bilik dibina di bahagian kiri dan satu lagi disediakan agak jauh ke kanan yang mungkin menjadi rumah ‘kedua’.

Keluasan bilik masing-masing cukup selesa, apalagi dengan Harga yang cukup amat paling (kesemua kosa kata ‘ter’) murah. Secara tepatnya rumah ini terdiri dari tiga buah bilik.

Setiap bilik disediakan pendingin hawa yang berkuasa sekitar 1.5hp. Ditambah pula dengan beberapa kipas kecil sebagai ‘back-up’ keadaan cuaca atau isu teknikal. Tapi memang Ketika kehadiran penulis, cuaca di Yan agak panas.

Ruang Dapur
Dapur ‘rumah satu’ dilengkapi dengan sinki, alatan memasak termasuk dapur dan meja makan. Dapur ini biarkan penulis anggap di dapur utama kerana ia memiliki sebuah peti ais sederhana besar marhaen.

Apa yang menariknya, selain dari kondimen yang biasa ditemui di mana-mana penginapan berbayar yang menyediakan uncang the, sachet kopi, didalam peti sejuk homestay ini ditemui beberapa makanan laut yang tersedia tunggu untuk siang dan makan. Part ini penulis agak sangsi, adakah untuk penginap atau pemilik tumpang simpan.

Dapur ‘rumah dua’ pula yang berada pada bahagian kiri, dilengkapi dengan beberapa alatan memasak termasuk sinki dan cabinet dan tidak ditempatkan peti sejuk sebagaimana dapur sebelumnya.
Pengalaman Menginap
Pengunjung Homestay Abah D Yan sering memuji suasana tenang, kebersihan, dan layanan mesra tuan rumah. Anda boleh menikmati udara segar kampung, berehat tanpa gangguan, dan menikmati malam yang damai. Sesuai untuk keluarga yang ingin bonding, pasangan yang mencari privasi, atau solo travelers yang ingin ketenangan. Anak-anak boleh bermain dengan selamat di halaman homestay sementara ibu bapa menikmati rehat mereka.
Dengan suasana yang bagi penulis cukup lengkap untuk seorang yang agak minimalis, homestay ini terbaik dari persekitaran luar dan dalaman termasuklah juga dalaman akaun bank.
Pantai Murni, Gunung Jerai dan sawah padi jelapang Kedah. Strategik dan cukup pengalaman mengenal sosio kehidupan masyarakat setempat.
Dengan parkir yang cukup luas, penulis boleh katakan jika ada keluarga yang baharu kehilangan kampung halaman, jika menginap disini pastinya menjadi kampung sendiri.

Salah satu ‘kebaikan’ yang Berjaya disediakan oleh pemilik homestay adalah sebuah basikal ‘racing’ yang membolehkan aktiviti berbasikal untuk ke Kawasan sekitar selain dari aktiviti brisk walk.
Walaupun tidak disyorkan untuk mengayuhnya sehingga Gunung Jerai atau ke tempat menarik lain di Yan, akan tetapi ia masih mampu membawa anda ke pantai terdekat di Pantai Murni dan sedikit Kawasan petak sawah padi tidak jauh dari homestay.
Aktiviti & Tarikan Sekitar
Selain berehat di homestay, Yan menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk semua peringkat umur:

- Meneroka Pantai Murni untuk fotografi atau aktiviti santai di tepi pantai. Banyak kawasan yang instgrammable di sekitar waterfront ini, bergambar dengan mercu tanda Pantai Murni Waterfront. Terdapat juga jeti lama, namun ketika kedatangan penulis, jeti ini sudah ditutup dan masih gagal untuk dibaiki.
- Lawatan ke Ladang Buah-buahan Yan untuk mencuba buah-buahan tempatan yang segar.
- Melawat air terjun dan kawasan rekreasi semula jadi di sekitar Yan, Hutan Lipur Titi Hayun.
- Mencuba hidangan tempatan di gerai dan restoran berhampiran.
Ulasan & Testimoni Pengunjung
Banyak pengunjung menyatakan pengalaman positif ketika menginap di Homestay Abah D Yan. Mereka memuji:
- Kebersihan bilik dan persekitaran.
- Suasana tenang yang ideal untuk percutian santai.
- Keramahan dan layanan mesra tuan rumah.
- Pengalaman seperti berada di rumah sendiri, sesuai untuk keluarga dan rakan.
Tips Menginap
- Tempah lebih awal terutama pada hujung minggu atau cuti sekolah.
- Ambil masa untuk berjalan-jalan di sekitar kampung dan menikmati alam semula jadi.
- Bawa kamera untuk merakam pemandangan indah dan momen percutian.
Maklumat Tempahan
Untuk menempah Homestay Abah D Yan atau mendapatkan maklumat lanjut:
Alamat: 6, Jalan Pantai Murni, Kampung Pantai Murni, 06900 Yan, Kedah, Malaysia
Telefon: +60 19-477 5237
Peta Lokasi Homestay Abah D Yan
Harga Penginapan
RM 190/malam
Disyorkan untuk menghubungi tuan rumah lebih awal untuk memastikan ketersediaan bilik dan harga semasa. Anda juga boleh menempah melalui WhatsApp atau panggilan telefon.
Travel Guide Tempat Menarik Di Yan Kedah
Mencari aktiviti menarik di Yan? Kami menyediakan maklumat terkini tentang segala-galanya.
![]()

Terima Kasih Tuan, sudi review homestay kami. Ini lebih daripada jangkaan kami akan ada orang review cara macam ni. Ya Allah terima kasih sangat sangat ya. Saya anak kepada tuan rumah.
terima kasih kembali, benda terbaik perlu diceritakan dari pengalaman. Terima kasih juga untuk penginapan yang selesa.
Thanks for sharing info. in case ter singgah ke sana, boleh book homestay ni
Yan…underrated. Sebenarnya banyak tempat menarik di Yan. Homestay ni salah satu homestay selesa, besar dan agak murah harganya
Cantik rumah dan unik…
Dua rumah dalam satu rumah…ya agak janggal mahu hadam tetapi senang faham kalau nak samakan dengan rumah teres berkembar
secara mudahnya…selesa dan luas, lengkap semuanya hehe