Senarai Kawasan Parkir untuk Ke Pulau Pangkor Di Jeti Lumut dan Jeti Marina Island

Pulau Pangkor yang terletak di Perak adalah antara pulau yang popular dengan lawatan pelancong
Apa lagi pulau ini didiami oleh penduduk setempat yang memberikan kelebihan kepada pelancong untuk bercuti lama di Pulau Pangkor.
Dengan terdapatnya banyak tempat penginapan dan tempat makan yang banyak di Pulau Pangkor, tidak peliklah jika Pulau Pangkor antara alternatif percutian pulau popular di Malaysia.
Untuk ke Pulau Pangkor jeti pengangkutan utama semestinya menggunakan pengangkutan air.
Menaiki Feri ke Pulau Pangkor
Perahu, jet ski, kapal layar atau feri, semestinyalah feri memberikan lebih keselesaan dari Jeti Lumut ke Pulau Pangkor.
Ada satu masalah jika pelancong yang mahu ke Pulau Pangkor jika datang dengan kenderaan sendiri iaitu tempat parkir di Jeti Lumut.
Walaupun ada sahaja yang ke Pulau Pangkor secara balik hari (day trip) namun bermalam di Pulau Pangkor lebih lengkap percutian.
Kali ini penulis ingin kongsikan beberapa kawasan parkir kenderaan untuk pelancong yang ingin ke Pulau Pangkor di Jeti Lumut Perak dan Jeti Marina Island.
Jeti Lumut
Medan Letak Kereta Bertingkat
Tempat parkir ini adalah jagaan oleh Majlis Daerah Manjung. Parkirnya banyak memandangkan ia bangunan bertingkat.

Agak dekat dengan terminal feri Jeti Lumut jika berjalan kaki.
Berbumbung dan berpetak
- Harga Parkir: RM15/hari
- Waktu Operasi : 24 jam/hari
Peta Lokasi Medan Letak Kereta Bertingkat
Parkir Sebelah Pejabat Pos Lumut
Kawasan parkir terbuka bersebelah dengan bangunan pejabat pos dan berhadapan dengan bangunan parkir bertingkat.
- Harga Parkir: RM15/hari
- Waktu Operasi : 24 jam/hari

Peta Lokasi Parkir Sebelah Pejabat Pos Lumut
Jeti Marina
Kawasan parkir ini adalah dalam kawasan jeti untuk ke Pulau Pangkor melalui Jeti Marina Island. Terdapat yang berbumbung dan tidak berbumbung.

- Harga Parkir: RM1-RM35/hari (bergantung kategori rujuk pautan di bawah)
- Waktu Operasi : 24 jam/hari
Jalan Jetty Complex,
Jalan Utama Marina Island,
32200 Lumut, Perak
Peta Lokasi Jeti Marina
Ini adalah senarai kawasan parkir yang sering digunakan pelancong untuk meninggalakn kenderaan untuk ke Pulau Pangkor melalui Jeti Lumut.
Harga terbaharu parkir : Rujuk pautan ini
Harga Purata Parkir Kenderaan untuk Ke Pulau Pangkor
Secara purata bayaran parkir sekitar Jeti Lumut dan Jeti Marina Island berharga RM15-20/hari. Ada juga parkir dengan kadar jam iaitu RM1/jam. Bergantung kepada musim cuti.
Penulis hanya menyenaraikan dan memerikan cadangan untuk kawasan parkir sekitar kawasan yang dicari. Segala permasalahan dan pertanyaan mengenai tempat parkir terbabit adalah bergantung kepada penguasaha kawasan tersebut.
Penulis tiada bertanggungjawab untuk sebarang kerosakan, kehilangan atau sebarang kejadian yang tidak diingini.
Lumut Jetty, Perak to Pangkor Jetty, Perak
Tempahan Atas Talian untuk Tiket Feri & Kapal Laut dari Lumut Jetty ke Pangkor Jetty di Easybook Malaysia! Semak jadual feri.
![]()

mama duu parking kat jeti aje, bagus ni nanti boleh refer bila2
TQ fr the tip