Contoh Itinerary Percutian Day Trip (Balik Hari) Pulau Kapas Terengganu

contoh itinerary day trip pulau kapas


Pulau Kapas adalah salah satu pulau yang boleh dikatakan unik di Terengganu. Walaupun kecil dan tidaklah begitu jauh dari daratan semenanjung Malaysia, ia tidak lekang dari pelancong.

Kehidupan selebriti Mat Dan sebagai rakyat Malaysia bermula di Pulau Kapas.

Perjalanan Mat Dan adalah untuk menuju ke Australia dan New Zealand, namun, perjalanannya terhenti dan terus menyebabkan dia jatuh cinta dengan Pulau Kapas.

Keunikan dan tarikan Pulau Kapas memang akan terpahat bagi mereka yang pernah ke sini.

Pulau Kapas Semakin Meriah

Dahulu tiada sebarang aktiviti yang banyak disediakan di Pulau Kapas, sekadar mandi manda sekitar resort dan penginapan chalet yang anda tinggal.

Akan tetapi kini beberapa aktiviti yang menarik ada di Pulau Kapas. Bagi yang kekurangan masa dan tenaga untuk menginap satu malam atau dua malam di Pulau Kapas, boleh menempah pakej day trip di Pulau Kapas sebagai pengenalan dengan Pulau Kapas.

Contoh Aktiviti Day Trip Di Pulau Kapas Terengganu

Ini adalah contoh itinerary percutian day trip atau balik hari di Pulau Kapas Terengganu.

Jeti Marang (8.00 pagi-9.00 pagi)

Pengunjung dinasihatkan untuk mendapatkan feri ke Pulau Kapas paling awal.
Terbaik adalah jam 9 pagi.

Jeti Pulau Kapas (9.35 pagi – 9.45 pagi)

Perjalanan dengan feri atau bot akan mengambil masa sekitar 35 minit hingga 40 minit.
Ada masa lebih kurang 15 minit untuk bersiap.

Trip Bukit Singa (10.00 pagi – 1.00 petang)

Pastikan sudah memakai pakaian sesuai untuk hiking dan trekking, bawa sekali pakaian mandi/basah. Jam 10 pagi aktiviti ke Bukit Singa akan bermula.

Bagi aktiviti ini pengunjung diberikan masa lebih kurang 3 jam.

Rehat, Makan dan Solat (1.00 petang – 2.00 petang)

Waktu makan adalah antara jam 12.30 petang hingga 2.30 petang. Bagi jangka waktu sejam pengunjung bolehlah berehat sebentar dan solat bagi yang muslim.

Jika ada yang mengambil pakej ‘lunch buffet’ terus ke kafe makan penginapan anda.

Snorkeling Taman Laut Pulau Kapas (3.00 petang – 5.00 petang)

Oleh kerana Pulau Kapas adalah yang terkecil antara pulau-pulau lain, hanya satu sahaja point untuk snorkeling.
Ia dipanggil Taman Laut Pulau Kapas.

Disini pengunjung diberikan masa selama 2 jam untuk snorkeling.

Menikmati ikan-ikan, dan karangan. Jangan lupa bawa roti atau makanan tiada kolestrol lain untuk mengumpan ikan datang dekat dengan anda.


 Setiap pengunjung akan diberikan alatan snorkeling, kehilangan akan dikenakan bayaran.Pengunjung perlu membayar deposit sebanyak RM10/equipment.

Jeti Pulau Kapas ke Jeti Marang

Dinasihatkan untuk mengambil trip bot/feri pada jam 5.30 petang.

Durasi Day Trip Pulau Kapas

Waktu day trip balik hari Pulau Kapas adalah dari 9 pagi sehingga 5.30 petang.

Harga Day Trip Pulau Kapas

Boat transfer + Snorkeling equipment + Life jacket + Trip Bukit Singa = RM 64-RM79 (dewasa), RM54-RM65 (kanak-kanak)

Add on Package:

Marine Park : RM10
Lunch Pack : RM10
Kayak : RM20/jam
Lunch Buffer : RM35 (dewasa), RM20 (Kanak-Kanak)

Fi Taman Laut Pulau Kapas (bayaran masuk taman laut)

Warganegara Malaysia : RM5/seorang sekali masuk (dewasa), RM2/seorang sekali masuk (Warga emas dan Kanak-kanak), OKU masuk percuma.
 

Bukan Warganegara : RM30/seorang sekali masuk (dewasa), RM15/seorang sekali masuk (Warga emas dan Kanak-kanak), OKU masuk percuma.

Tips dan Trik Day Trip Pulau Kapas

 Untuk lebih maklumat mengenai percutian day trip di Pulau Kapas, boleh rujuk artikel di bawah mengenai waktu bot/feri dari Jeti Marang ke Jeti Pulau Kapas dan sebaliknya.

 

 Beberapa panduan dan tips untuk percutian balik hari sebagai panduan ketika day trip di Pulau Kapas, Terengganu.

Contoh Pakej Day Trip Pulau Kapas

 Sebagai contoh pakej day trip yang selalu dipromosikan dan selalu diberikan kepada bakal pelancong sebagaimana di bawah;

 

Pakej Day Trip Pulau Kapas
Pakej Day Trip Pulau Kapas

 

Pakej Combo Day Trip Pulau Kapas
Pakej Combo Day Trip Pulau Kapas

 

Melalui pakej dari iklan ini alhamdulillah semua berjalan lancar dan jika ingin
mencuba boleh hubungi individu/agen iklan di atas

Loading

Snapbackpacker

Seorang travel dan foodie blogger separuh masa dari tahun 2015. Berkongsi pengalaman di tempat percutian dan tempat makan yang pernah dilawati segala pandangan adalah pandangan penulis sendiri dari pengalaman tiada sebarang kaitan dengan pihak lain

You may also like...

2 Responses

  1. mrhanafi says:

    in shaa Allah akan diusahakan untuk ke Pulau Kapas

  2. terbaik ni kalau nak honeymoon..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *