Nikmati Suasana Kampung Di Raha Homestay Pekan Pahang

Pahang adalah antara negeri yang memiliki kawasan pantai yang luas. Kewujudan pantai merupakan satu faktor dan penyebab percutian di Malaysia.
Selain itu Pahang kaya dengan kawasan makanan laut yang menjadi tarikan pelancong domestik atau luar negara.
Pekan Pahang Kawasan Percutian Pantai Di Pahang
Pekan Pahang, tidak asing sebagai kawasan percutian di semenanjung Malaysia. Kawasannya berhampiran dengan pesisir Laut China Selatan melahirkan banyak lokasi beridah.Dengan tumbuhnya lokasi tarikan pelancong, maka penginapan mula wujud dengan banyaknya.
Terdapat satu inap desa (homestay) yang cukup digemari pelancong di Pekan, Pahang
Homestay ini dinamakan Raha Homestay.
Terdapat di penjuru kawasan bandar Pekan ia cukup strategik untuk diinap ketika bercuti.Dengan tema kediaman berasaskan kayu secara majoriti pembinaannya ia menampakkan tema inap desa itu sendiri.
Unit Rumah Inap Desa Banyak

Inap desa ini bukan didirikan dalam satu unit, tetapi terdapat sehingga lima unit rumah dalam satu halaman.Kelebihan yang penulis nampak pada homestay ini adalah halaman berpagarnya yang cukup luas. Memang sesuai untuk pelancong atau penginap yang datang dalam kumpulan yang ramai.
Kedamaian Suasana Kampung Di Inap Desa

Dikelilingi dengan pohon kelapa dan beberapa pokok mempelam menghiasi setiap genap pagar homestay ini memberikan nilai suasana kampung.Dengan cat dan warna unit homestay yang bewarna kayu lebih menampakkan suasana kampungnya.
Pemilik Ramah
Ketika penulis menginap di inap desa ini, ia dijaga dan dimiliki oleh pasangan warga emas yangg cukup baik hati.Pasangan ini tinggal sekali dalam halaman homestay ini. Ketika mula daftar atau lapor diri, seorang pak cik akan memberikan sedikit penerangan dan ulasan apa yang ada dalam unit yang ada.Dari tempat parkir berbumbung sehinggalah kemudahan memasak dan membasuh pakaian disediakan di homestay ini.
Ciri Rumah Kampung Biasa Dilihat

Rumah ini dibina dengan tiga buah bilik dengan saiz yang agak sama. Di dalamnya ditempatkan dengan bilik air, pendingin hawa, kipas siling dan katil beserta tilam.Dua buah katil dengan saiz king diletakkan sebelah menyebelah dengan lengkapan almari pakaian memudahakan penyimpanan pakaian dan barangan.Bilik air disediakan untuk kesemua bilik yang ada jadi tiada sebarang keraguan untuk berebut penggunaannya. Malahan pancuran air mandi juga disediakan pemanas.

Dekorasi Dalaman Inap Desa Raha Homestay

Dekorasi dalaman rumah inap desa ini 90% adalah sebagaimana rumah yang didiami oleh orang kampung yang tinggal berhampiran. Dengan ruang tamu dengan susuanan kerusi kayu ringkas menghadap televisyen.Lorong menuju ke bilik bilik dan dapur.Susun atur dapur dengan perkakasan memasak yang sebagaimana ada di setiap rumah kampung dengan kehidupan biasa mereka.

Bawalah ibu ibu, mak cik mak cik atau abang abang chef yang pandai memasak, hanya perlukan bahan mentah semuanya sudah tersedia.
Pengalaman Penulis
Sepanjang menginap satu hari dan satu malam di salah sebuah unit inap desa Raha Homestay ini tiada sebarang masalah yang penulis hadapi.Semuanya mencukupi.Suasana siang dan malam boleh dinikmati dengan tenang bersama keluarga ataupun kawan kawan. Rasa selamat itu ada.
Apa lagi halaman yang luas boleh memberikan rasa santai kepada yang dewasa dan ‘syurga’ larian dan mainan kepada anak anak kecil.Unit dalamnya agak selesa memandangkan semua bilik disediakan kipas dan pendingin hawa yang berfungsi dengan baik.
Satu sahaja yang mungkin kurang memberikan mata keselesaan 100% adalah sedikit gangguan nyamuk. Itu tiada masalah yang besar kerana ubat penghalau nyamuk disediakan.Apa yang terbaik adalah ketenangan yang ada pada Raha Homestay ini memungkinkan untuk penulis akan mencuba semula untuk menginap di sini jika terdapat urusan di Pekan Pahang nanti.
Rating : 3.8/5.0
Informasi Pengunjung
Lokasi Raha Homestay
Lokasinya sebelum dari hiruk pikuk kilang yang ada di Pekan. Tidak begitu sukar untuk ditemui memandangkan berada di tepi jalan.
1A, Jalan Masjid,
Kampung Jambu,
26600 Pekan,
Pahang
Peta Raha Homestay Pekan Pahang
Jenis Kediaman
3 Bilik Tidur
3 Katil
3 Bilik Air
Harga Penginapan
RM200 per Malam
(harga berdasarkan pengalaman penulis)
Kelengkapan Homestay
Seterika
Cerek Air
Water Dispenser Automati
Peti Sejuk
Televisyen
Mesin Basuh
Kemudahan dan Fasiliti
Kerusi Batu
Kawasan Laman yang Luas
Liputan Data Internet/Telefon/Telekomunikasi
Umobile – 4G
CelcomDigi – 4G
Polisi dan Peraturan
Check In : 3.00 p.m
Check Out : 12.00 p/m
Hubungi
013-9090802
![]()


Pekan Pahang nun di sana 😀
Rumah besar RM200.00 okla tu kalau dtg beramai2 mmg selesa la
boleh la menginap di sini bila ke pantai di daerah Pekan nanti…
Terima kasih atas positive review yang diberi. Kami sangat menghargainya. Untuk pengetahuan, abah kami a.k.a. pakcik yang dinyatakan dalam review tuan telah kembali ke Rahmatullah pada 12/5/2025.
Oh..saya sekadar berikan review melalui pengalaman sendiri. Sama sama bacakan surah Al-Fatihah kepada arwah abah tuan/puan semoga roh abah ditempatkan di kalangan orang mukmin, sepanjang menginap di sana, arwah abah tuan/puan sangat baik harap ianya asbab untuk ke syurga. Amin