Percutian 2 Hari 1 Malam Di General’s Lodge Homestay Sungai Sembilang Jeram Selangor

Jeram Selangor merupakan tempat kunjungan pelancong yang sukakan laut dan kehidupan pantai.
Pelbagai aktiviti, tempat makan dan kawasan beli belah yang ada di sekitar Jeram, Selangor.
Apalagi tempat penginapan yang cukup banyak, lebih kepada kediaman berupa inap desa memandangkan kawasan dan persekitaran desa yang tenang.
Penginapan Inap Desa (Homestay) Di Sungai Sembilang Pantai Jeram
Majoriti infrastruktur bangunan dan kediaman di sekitar Pantai Jeram ini adalah tempat penginapan.
Termasuklah salah satu sebuah penginapan yang berkonsepkan ‘lodge’ yang dinamakan General’s Lodge ini.

Lokasinya berada dalam kelompok kompleks inap desa disekelilingnya. Tidak akan sunyi memandangkan dikelilingi oleh inap desa dan chalet hanya dibatasi dengan pagar sahaja.
Mungkin agak tersorok dan tidak segah nama The Cabin Jeram namun ia masih mampu menandingi dalam kelasnya sendiri.
Tiga Buah Rumah Dalam Satu Pagar

General’s Lodge ini dibina dalam satu pagar besar dan terdapat tiga buah rumah didalamnya. Satu dengan rekabentuk rumah banglo dan dua lagi seperti chalet sederhana besar saiznya, yang dinamakan Lodge 1 dan Lodge 2.

Cukup menepati citarasa yang inginkan privasi dalam kelompok kumpulan dengan suasana dalam taman.

Homestay Dalam Taman
Kediaman didirikan bukan semata-mata rumah namun dikelilingi dengan pokok hiasan dengan laman yang agak luas.
Rumah dibina dipenjuru manakala ruangan kosong laman dihiasi pokok teduh dan hiasan renek.

Dengan fasiliti dan luaran yang cukup mendamaikan dengan dibinakan kawasan rehat, memerikan suasana lebih damai dan menenangkan.
Rumah Utama

Kali ini penulis mencuba rumah utama yang cukup besar, mungkin dalam kategori banglo gred C yang boleh dikatakan selesa untuk menampung tiga keluarga kecil dan mungkin agak sesak bila melebihi empat keluarga.

Rumah utama lebih kepada kedatangan pengunjung dengan jumlah yang ramai berbanding dua lodge yang ada. Lebih besar lebih selesa untuk sebarang aktiviti dalam homestay.

Seumpama rumah kediaman biasa dengan ruang tamu dilengkapi perabut dengan bahagian dapur dihubungkan dengan ruangan menonton televisyen.
Bolehlah santai berbual di sofa dan meja yang disediakan sambil menjamah snek yang dibawa.

Dalam rumah ini terdapat dua buah bilik, masing-masing dengan saiz dan kelengkapan yang sama. Setiap bilik dilengkapi dengan satu katil bersaiz king dan satu katil bujang.

Setiap bilik juga disediakan bilik air dengan ruangan mandi dan tandas yang dilengkapi sistem pemanas untuk mandi.
Untuk kelengkapan dan barangan yang disediakan pemilik boleh rujuk informasi di bawah;
Kolam Mandi Persendirian (Private) Disediakan
Kebiasaan bagi yang mencari inap desa atau homestay pastinya akan bertanyakan mengenai kolam mandi. Di General’s Lodge terdapat satu takungan (bukan kolam mandi kekal) disediakan.

Diletakkan di sebelah penjuru rumah utama. Takungan sebegini sebenarnya agak kurang menyenangkan berbanding kolam yang kekal dibina.Namun, lebih baik daripada tiada kolam untuk rasa-rasa.

Tidak banyak yang boleh dikatakan mengenai kolam memandangkan ia sebuah takungan kanvas dengan sokongan di atas tanah.
Ruangan Parkir Di General’s Lodge
Dari segi ruangan parkir, cukup cukup untuk tiga buah rumah. Jika kereta sedan seperti Toyota Vios dan Perodua Bezza boleh dimuatkan dalam empat ke lima buah sahaja.

Meskipun terdapat petak parkir namun pasti sukar untuk memuatkan kenderaan melebihi tiga buah.
Kemudahan Barbecue (BBQ) Berbayar
Terdapat satu ruangan barbecue disediakan di hadapan rumah utama dengan tempat khas dengan pangkin dan bumbung seperti bangsal.

Antara caj adalah;
Set BBQ termasuk 1 paket arang RM80. Jika guna Set Bbq sendiri akan dikenakan caj RM20. Fasiliti BBQ adalah untuk pelanggan yg berdaftar shj (in house guest). Jika ada tetamu dari luar, akan di kenakan caj RM5 setiap orang.
Hiasan Tentera Jeneral
Bukan sengaja ia diletakkan dengan nama ‘General’. tidak dapat dipastikan mungkin pemilik adalah pesara tentera dengan pangkat Jeneral.
Terdapat satu ruangan memori dan peralatan memori pemilik dipamerkan.
Pengalaman Penulis
Kebaikan
Suasana yang cukup indah dengan laman yang menyegarkan dengan tanaman teduhan dan hiasan. Rumah juga bersih dan terjaga rapi oleh pemilik.

Agak luas untuk harga bermalam yang sederhana harganya. Rumah juga luas dan tenang dengan keselesaan apabila pendingin hawa dan kipas disediakan dan berfungsi.
Dekat sahaja dengan laut terdekat namun harus berjalan kaki untuk 10 minit. Faktor keselamatan cukup baik apabila berada dalam pagar yang sentiasa berkunci.
Kekurangan
Agak mendukacitakan bila mengenangkan kolam ‘portable’ yang disediakan. Apalagi ia diletakan di bahagian bawah pokok. Daun daun yang gugur sentiasa menjadi sampah kepada kolam.
Kolam kanvas agak leceh apabila sentiasa digunakan. Sistem pembersihannya juga pasti tidak sesempurna kolam kekal yang lengkap. Bagi pandangan penulis (tanpa sebarang prejudis) kolam sebegini kurang terjamin kebersihan apalagi jika penyelengaraan manual yang memakan masa.
Informasi Pengunjung
Lokasi Penginapan
Memandangkan The Cabin agak popular di kawasan ini, kita jadikan The Cabin sebagai ‘landmark’. The General’s Lodge adalah jiran belakang inap desa The Cabin. Dihadapannya adalah Villa Imarah
General’s Lodge,
Kampung Dungun,
45800 Jeram,
Selangor
Peta Lokasi General’s Lodge
Harga Penginapan
- Rumah Utama : RM500-RM560/malam (Bayaran Penulis : RM560)
- Lodge No.1 : RM200 – RM230
- Lodge No. 2 : RM200 – RM230
Kemudahan
- Tempat barbeque (bbq)
- Pangkin dengan bumbung
- Kawasan rehat luar
Kelengkapan/Fasiliti
- Televisyen (Astro Njoi)
- Internet (WIFI Unifi dengan Unifi Play)
- Perkakasan rumah (sterika, penyangkut baju)
- Peralatan memasak (periuk, pinggan, gelas, pisau)
- Kudapan (sachet minuman 3 in 1)

Liputan Data Internet/Telefon/Telekomunikasi
- Umobile – 4G
- Celcom – 4G
Polisi/Peraturan
- Daftar Masuk : 3.00 p.m
- Daftar Keluar: 12.00 p.m
Tempahan disahkan setelah membayar ‘deposit’:
- Rumah Utama: RM100
- Lodge No 1: RM50
- Lodge No 2: RM50
Pembayaran penuh hendaklah di buat selewat lewatnya 2 hari sebelum tarikh ketibaan. Deposit tidak dipulangkan jika pembatalan kurang dari 7 hari.
“Check Out” Lewat* tertakluk kpd keadaan dan caj spt berikut:
- Rumah Utama – RM30/setiap jam
- Lodge No 1 – RM10/setiap jam
- Lodge No 2 – RM10/ setiap jam
Hubungi/Tempahan
Tempahan (Whatsapp): 019-4722600
Tempat Menarik Sekitar Penginapan
Untuk percutian 2 hari dan 1 malam di homestay General’s Lodge boleh dikatakan cukup puas hati. Dengan beberapa kawasan aktiviti yang menarik, seperti;
- Riadah di Pantai Jeram yang juga terdapat pasar pagi dengan pelbagai hasil laut selain dari bermain di tepi pantai
- Boleh mencuba Atok Asam pedas Sungai Sembilang sebagai tempat makan terdekat.
Eagle Feeding, Fireflies & Blue Tears Experience in Kuala Selangor
Watch thousands of fireflies glowing in the dark in a rich mangrove ecosystem along the river.

Sedikit kenangan dari pengalaman bermalam dua hari dan satu malam di General’s Lodge Homestay Jeram Selangor.
![]()

kolam berendam tu nampak janggal kann., hehe
Kalau kolam kurang bersih…tak perlu mandi air kolam…mandi air paip biasa pun ok juga
kalau kita bawak sendiri kolam yang pam angin tu mungkin lebih menarik hehehe
tu yang agak risau…faktor kebersihan ni boleh bawa kepada faktor kesihatan…
Nampak menarik tempatnni kalau bercuti dengan family. Rasa tenang je. Bolehlah masuk dalam list
Comel la swimming pool
haah kalu kolam kurang bersih / kurang maintenance mmg risau faktor kesihatan je nanti.. better mandi air paip je lah ehehe
Kolam renang tu jgn fikir nak buat flip flip la hahahah ;D